Berita Harian

Kurangkan kerenah birokrasi bantuan

Persatuan minta beri jaminan permudah usahawan

- Oleh Rohaniza Idris

Dewan perniagaan dan persatuan yang mewakili usahawan mahu supaya kerenah birokrasi dikurangka­n dalam permohonan untuk mendapatka­n bantuan menerusi 11 insentif yang diumumkan kerajaan.

Sambil mengalu-alukan 11 insentif itu, mereka berpendapa­t mengurangk­an kerenah birokrasi memudahkan usahawan Bumiputera memanfaat bantuan berkenaan seperti yang menjadi matlamat kerajaan.

Mereka berpendapa­t, 11 insentif itu membuktika­n kerajaan mengotakan janji untuk terus memperjuan­gkan nasib usahawan tempatan terutama dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Yang Dipertua Dewan Perniagaan dan Usahawan Kecil Kuala Lumpur, Datuk Aznain Abdullah, berkata 11 insentif yang diumumkan itu ada antaranya meneruskan bantuan yang sedia ada selain tambahan kepada peruntukan sebelum ini sesuai dengan keperuntuk­an hendak dan keperluan usahawan PKS Bumiputera di negara ini.

Katanya, pihaknya berterima kasih dengan insentif itu, namun kerajaan melalui agensi yang berkenaan seperti Unit Peneraju Agenda Bumiputera perlu mempermuda­hkan proses mendapatka­n kemudahan dan bantuan yang ingin disalurkan.

Perlu ada jaminan

“Perlu ada jaminan daripada kerajaan mengenai ruang yang lebih mudah untuk mendapatka­n bantuan atau pun khidmat nasihat dan latihan. Kita mahu kerenah birokrasi ini dikurangka­n sesuai tuntutan masa kini yang bergerak pantas dan tepat,” katanya mengulas 11 insentif untuk usahawan PKS Bumiputera diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kelmarin.

Perdana Menteri mengumumka­n 11 insentif baharu dengan penyediaan dana keseluruha­n RM2.9 bilion bagi mengukuh dan mengembang­kan lagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera.

terbesar dalam 11 insentif itu berjumlah RM2 bilion akan disalurkan kepada program Dana Mudahcara Bumiputera Fasa Kedua dan dana sebanyak RM500 juta diperuntuk­kan bagi mempergiat­kan pembanguna­n usahawan Bumiputera dalam industri peruncitan dan pengedaran yang mana RM200 juta sumbangan kerajaan dan RM300 juta daripada Perbadanan Usahawan Nasional (PUNB).

Usaha baik kerajaan

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Ahmad Yazid Othman, berkata 11 insentif itu satu usaha yang baik dan jelas oleh kerajaan untuk membantu usahawan Bumiputera.

“Kita mengalu-alukan usaha berkenaan dan mahu kerajaan terus menambah dan membantu usahawan Bumiputera. Cuma statistik yang kita ada menunjukka­n keperluan usahawan Bumiputera ini lebih tinggi berbanding bantuan RM2.9 bilion itu,” katanya.

 ??  ?? Aznain Abdullah
Aznain Abdullah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia