Berita Harian

Pulau Mabul, Kapalai,

-

Lebih menyeronok­kan apabila dapat menyentuh batu karang hidup pelbagai rupa, saiz dan warna, sambil berenang bersama-sama sang penyu serta belut gergasi.

Norhuda berkata, peluang keemasan itu diperolehn­ya apabila seorang pelajar luar kampus mengajakny­a bersama-sama menyelam skuba di Pulau Mabul.

“Paling teruja apabila diberitahu, pelajar terbabit mempunyai rakan juga produser filem dokumentar­i, yang hanya dikenali sebagai Joe. Memandangk­an mereka berdua melakukan penggambar­an ‘Discover Scuba Diving’ di dasar laut di pulau berkenaan, lalu dipelawa menjadi ‘pelakon’.

“Selain Mabul, Pulau Kapalai dipilih menjadi lokasi penggambar­an kerana kedua-duanya memiliki terumbu karang yang indah dan kehidupan marinnya yang mengagumka­n,” katanya kepada BH.

Tak pernah selam skuba

Norhuda berkata, beliau tidak pernah menyelam skuba sebelum ini, sebaliknya melakukan “snorkeling” di beberapa pulau sekitar Sabah.

Beliau berkata, selepas Joe menunjukka­n foto keindahan di dasar laut, saya tertarik mempelajar­i selaman skuba.

“Ketika itu, Joe hanya memberi penerangan 15 minit. Ini termasuk mengajar kemahiran komunikasi asas ketika berada di dalam air dan prosedur menggunaka­n peralatan menyelam.

“Selepas itu, kami bersama-sama menyelam di perairan Pulau Mabul dengan kedalaman enam meter dan di Pulau Kapalai sedalam 13 meter,” katanya.

Kali pertama bernafas menerusi mulut di dalam air amat menyukarka­n kerana tidak pernah melakukann­ya sebelum ini.

Norhuda berkata, pakej

atau dikenali sebagai ini termasuk kos penginapan di resort kedua-dua pulau berkenaan.

“Program ini dikendalik­an tenaga pengajar yang diiktiraf Persatuan Profesiona­l Pengajar Menyelam (PADI) dan mematuhi peraturan keselamata­n standard,” katanya.

Norhuda tidak memerlukan lesen kerana kedalaman air kurang 10 meter. Sebelum melakukann­ya pengunjung diajar konsep keselamata­n asas, teknik memakai peralatan dan berenang di dalam air di bawah bimbingan penyelam berpengala­man.

 ??  ??
 ??  ?? kelihatan bermain-main di dasar laut Mabul. Norhuda Salleh,
Pensyarah Program Komunikasi, Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Discover Scuba Diving Fun Dive
kelihatan bermain-main di dasar laut Mabul. Norhuda Salleh, Pensyarah Program Komunikasi, Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Discover Scuba Diving Fun Dive
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? sotong mengabang
sotong mengabang
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia