Berita Harian

Tugas pemandu pelancong bukan mudah

Amanah tuntut kesabaran tinggi layan kerenah pelanggan

- Oleh

Mlizz@nstp.com.my

enggalas tanggungja­wab sebagai pemandu pelancong bukan mudah, biarpun menyeronok­kan kerana berpeluang menjejakka­n kaki ke negara luar atas dasar kerja, menuntut kesabaran berhadapan kerenah pelanggan.

Mujibullah Hussain, 42, diberi amanah memikul tugas berkenaan oleh syarikatny­a, ATN Travel Sdn Bhd, berkata fungsi mereka seolaholah sebagai pengantara memperkena­lkan negara kepada dunia luar dalam kalangan pelancong.

Kemahiran menguasai pengetahua­n sejarah sesuatu tempatan kata beliau, diutamakan kerana setiap lokasi yang dikunjungi perlu dimaklumka­n secara terperinci.

Katanya, tugas digalas dengan penuh rasa tanggungja­wab, selain perlu membuat banyak rujukan dan mesti rajin membaca.

Memahami situasi

“Kami perlu mengemaski­ni perkembang­an sesuatu tempat yang dikunjungi, selain memahami situasi politik, ekonomi dan sosial semasa,” katanya.

Menjadi kelebihan buat Mujibullah, beliau mahir berbahasa Russia, Uzbekistan dan Turki mengembara ke negara bekas Kesatuan Republik Sosialis Soviet antaranya di Eropah Timur.

Pelajar jurusan Bahasa dan Kesusaster­aan serta pemegang Ijazah Kejurutera­an di The Uzbek State of World Languages University, Tashkent, Uzbekistan, beliau memilih menjadi pemandu pelancong biarpun pernah berkecimpu­ng dalam dunia kejurutera­an, lebih lima tahun.

Berhadapan cabaran dua bidang berbeza ini, pemilihann­ya menyertai industri pelanconga­n mengajarny­a erti kesabaran.

Biarpun nampak seronok mengembara, masalah timbul ketika dalam perjalanan mengindahk­an sesi pengembara­an bersama lebih 40 rombongan pelancong yang dibawa dari Malaysia. Justeru, bagi melancarka­n perjalanan, beliau perlu cergas mental dan fizikal.

Ini berikutan sepanjang bertugas, Mujibullah berkata, beliau perlu berdiri lebih lima jam, ada kalanya terpaksa berlari, berjalan jauh, mengangkat barang berat malah memerlukan­nya bercakap banyak sepanjang pengembara­an. Kecergasan badan perlu seiring ketajaman minda, terutama ketika berdepan detik cemas.

Pengalaman sama dikongsi seorang lagi pemandu pelancong dari Kowamas Holidays Sdn

Bhd, Noor Hafizah Hassan, 30, menimba pengalaman lebih lapan tahun dalam bidang berkaitan.

Walaupun menyeronok­kan seperti kurang tekanan, beliau berkata, tugas ini memberi peluang kepadanya menyaksika­n keindahan setiap destinasi yang dikunjungi.

Noor Hafizah berkata, beliau perlu banyak bersabar ketika berdepan kerenah pelanggan. Walaupun perancanga­n rapi diatur, namun pada masa sama pasti ada masalah berbangkit. Setiap rintangan itu perlu diatasi dengan tenang dan sedia menangani apa juga keadaan.

“Ada kalanya, ada seorang dua ahli rombongan jatuh sakit. Saya perlu mencari hospital, klinik atau farmasi untuk membeli ubat. Tambah pula di tengah malam, kita perlu pastikan setiap peserta pulih dan meneruskan pengembara­an dengan selesa.

“Lebih mencabar apabila pihak pengurusan pengangkut­an mengugut hendak menurunkan penumpang dengan alasan tidak mendapatka­n bayaran, sedangkan sudah dijelaskan lebih awal.

Perlukan kemahiran

“Semua cabaran perlukan kecekapan mengurus dan kemahiran komunikasi berkesan supaya setiap masalah diselesaik­an dengan baik,” katanya.

Justeru, Nor Hafizah berkata, stamina yang baik penting kerana faktor itu membantu tugasan yang lazimnya perlu banyak bercakap, berjalan, malah kadang kala terpaksa menjerit.

“Saya menitikber­atkan aspek kesihatan ketika bertugas bagi menjaga kebajikan dan kesejahter­aan peserta rombongan. Justeru, saya perlu mempunyai antibodi yang kuat supaya tugasan berjalan lancar.

“Saya bersenam tiga kali seminggu, selain mengamalka­n makanan seimbang,” katanya.

 ??  ?? Hidayah Mohammad
Hidayah Mohammad
 ??  ?? Mujibullah Hussain
Mujibullah Hussain
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia