Berita Harian

Setiausaha Agung PBB gesa ‘siasatan bebas, telus’

-

New York: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres kelmarin menggesa satu ‘siasatan bebas dan telus’ selepas 16 penduduk Palestin terbunuh dan ribuan lagi cedera ketika pertembung­an dengan tentera Israel, kata seorang jurucakap.

Gesaan beliau itu ketika Majlis Keselamata­n PBB bimbang peningkata­n lanjut keganasan Israel-palestin di Semenanjun­g Gaza dalam satu rundingan tergempar.

“Setiausaha Agung menggesa satu siasatan bebas dan telus terhadap insiden itu,” kata kenyataan penolong jurucakap Guterres, Farhan Haq, yang mengesahka­n ‘kesediaan’ badan dunia itu untuk menghidupk­an semula usaha perdamaian.

Haq menambah, Guterres turut merayu mereka yang bimbang supaya menahan diri daripada melakukan sebarang tindakan yang menjurus lebih banyak kematian, terutama langkah yang meletakkan orang awam dalam bahaya.

Situasi bertambah buruk

Kuwait memohon pertemuan tergempar diadakan bagi membincang­kan keadaan di Gaza, yang menyaksika­n angka maut terburuk dalam tempoh sehari sejak perang 2014.

“Ada kebimbanga­n situasi semakin buruk dalam tempoh beberapa hari lagi,” kata Penolong Setiausaha Agung PBB bagi hal ehwal politik, Taye-brook Zerihoun, menggesa semua pihak bertenang.

Britain dan Amerika Syarikat (AS) meluahkan kekesalan mengenai waktu mesyuarat dibuat, malam pertama perayaan Passover, bermaksud wakil Israel tidak dapat hadir.

Duta cuma menghantar pembantu menggantik­an tempat mereka.

“Adalah penting Majlis ini seimbang dalam pendekatan­nya. Kita perlu memastikan semua pihak terbabit.

“Kami amat sedih dengan kehilangan nyawa hari ini. Ada pihak mengambil kesempatan di atas bantahan menghasut keganasan yang membahayak­an nyawa penduduk tidak berdosa,” kata diplomat AS.

Kemungkina­n konflik baharu

“Risiko peningkata­n keganasan tidak dapat dielak. Ada kemungkina­n konflik baharu di Semenanjun­g Gaza,” kata wakil Perancis.

Keganasan meletus ketika puluhan ribu penduduk Gaza berarak berhampira­n sempadan Israel menuntut hak mengembali­kan pelarian Palestin yang lari atau diusir sejak pembentuka­n Israel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia