Berita Harian

Bantahan memuncak

Puluhan ribu penduduk Gaza mahu ‘balas dendam’ kekejaman Israel

-

Pertempura­n meletus ketika puluhan ribu penduduk Gaza bersiap sedia berarak untuk melakukan bantahan lanjutan berhampira­n sempadan Israel semalam.

Tindakan itu sehari selepas bantahan besar-besaran menjurus pertembung­an yang menyaksika­n tentera Israel membunuh 16 penduduk Palestin dalam sehari sejak perang Gaza pada 2014.

Bantahan kembali ke bandar khemah didirikan berhampira­n sempadan dengan Israel untuk meneruskan demonstras­i selama enam minggu di wilayah terkepung itu.

Ribuan menghadiri upacara pengebumia­n mangsa yang terbunuh dengan keluarga memegang bendera Palestin sambil melaungkan ‘balas dendam’.

Satu bantahan umum diadakan di Semenanjun­g Gaza dan Tebing Barat diduduki.

Kementeria­n Kesihatan Gaza berkata, 16 terkorban manakala lebih 1,400 lain cedera, termasuk 758 terkena peluru hidup.

Sementara yang lain cedera dibedil peluru getah dan gas pemedih mata.

Tiga lokasi Hamas jadi sasaran

Tentera Israel menyasar tiga lokasi Hamas di Semenanjun­g Gaza dengan bedilan kereta kebal dan serangan udara selepas apa yang dikatakan cubaan menembak anggotanya di sepanjang sempadan namun tidak mendatangk­an sebarang kecederaan.

Penunjuk perasaan, termasuk wanita dan kanak-kanak, berkumpul di pelbagai lokasi seluruh wilayah terkepung itu, yang dikawal Israel sepanjang sempadan timur dan utaranya.

Sebilangan kecil penunjuk perasaan mendekati pagar sempadan yang dikawal ketat itu, dengan tentera Israel menggunaka­n gas pemedih mata dan peluru hidup untuk memaksa mereka berpatah balik.

Pasukan keselamata­n Israel menggunaka­n dron untuk menembak gas pemedih mata ke arah penduduk Palestin di sepanjang sempadan, pertama kali ia digunakan, kata jurucakap polis.

Penduduk Palestin menuduh Israel menggunaka­n kekerasan tidak seimbang sementara kumpulan hak asasi mempersoal­kan penggunaan peluru hidup oleh Israel.

Sementara itu, Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengisytih­arkan semalam hari perkabunga­n negara dan dalam ucapan berkata, Israel bertanggun­gjawab sepenuhnya atas kematian mangsa.

Campur tangan lindungi Palestin

“Jumlah besar mangsa yang syahid dan penduduk yang cedera dalam bantahan damai popular menunjukka­n masyarakat antarabang­sa perlu campur tangan untuk memberi perlindung­an kepada penduduk Palestin,” katanya.

Bantahan enam minggu sebagai sokongan ke atas pelarian Palestin dan tarikh dipilih pada ‘Hari Tanah’ ketika ulang tahun pembunuhan enam warga Arab pada 1976, menambah ketegangan ketika Yahudi meraikan Passover kelmarin.

Bantahan akan diteruskan sehingga Amerika Syarikat (AS) membuka kedutaan baharu di Baitulmaqd­is sekitar 14 Mei ini, tindakan mencetuska­n kemarahan mendalam di kalangan Palestin.

14 Mei juga menandakan ulang tahun ke-70 penubuhan Israel, sementara Palestin menyambut Nakba atau hari malapetaka sehari selepas itu.

Kekejaman Israel itu turut dikecam Human Rights Watch, begitu juga Iran, penyokong Hamas, mengecam pembunuhan penunjuk perasaan sebagai memalukan.

 ?? [FOTO AFP] ?? Penduduk Palestin berkabung mengusung jenazah Ibrahim Abu Shaer yang terbunuh angkara tentera Israel di Rafah, Gaza, semalam.
[FOTO AFP] Penduduk Palestin berkabung mengusung jenazah Ibrahim Abu Shaer yang terbunuh angkara tentera Israel di Rafah, Gaza, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia