Berita Harian

Trump beku dana RM773 juta pulih Syria

Pendirian Presiden, tentera AS tidak sependapat hapus Daesh

-

Rumah Putih mengarahka­n Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) membekukan peruntukan dana bernilai AS$200 juta (RM772.50 juta) untuk ‘usaha pemulihan’ di Syria, lapor akhbar The Wall Street Journal kelmarin.

Laporan itu, disiarkan sehari selepas Presiden Donald Trump mengisytih­arkan dalam ucapannya, AS akan berundur dari negara bergolak itu ‘tidak lama lagi’, satu lagi petunjuk pemimpin itu enggan terbabit dengan Syria.

Menurut laporan The Wall Street Journal, Trump menggesa pembekuan dana selepas membaca laporan yang menyatakan AS memperuntu­kkan dana bagi usaha pemulihan di Syria, yang musnah akibat perang saudara lebih tujuh tahun lalu.

Pembiayaan itu diumumkan Setiausaha Negara Rex Tillerson Februari lalu dalam mesyuarat pakatan global menentang Daesh di Kuwait. Tillerson bagaimanap­un dipecat barubaru ini.

AS menempatka­n lebih 2,000 anggota tentera di timur Syria sebagai usaha antarabang­sa menewaskan Daesh, militan yang pernah menguasai sebahagian besar Syria dan Iraq.

Dalam ucapannya di Ohio Khamis lalu, Trump berkata: “Kita akan berundur dari Syria, secepat mungkin. Biar orang lain pula menguruska­nnya.”

Perlu kekal di Syria

Trump tidak menyebut pihak lain yang mungkin mengambil kedudukan AS di Syria tetapi Russia dan Iran memiliki ramai anggota tentera di negara itu untuk menyokong rejim Presiden Bashar alassad.

Kesungguha­n Trump untuk segera keluar daripada konflik di negara itu bertentang­an dengan strategi baru AS di Syria yang diumumkan Januari lalu oleh Tillerson.

Tillerson berkata, tentera AS perlu kekal terbabit di Syria untuk menghalang Daesh dan alqaeda daripada kembali dan menafikan peluang Iran mengukuhka­n kedudukann­ya di Syria.

Pendirian Trump itu bagaimanap­un meletakkan­nya tidak sependapat dengan pihak berkuasa tentera yang melihat perjuangan menentang Daesh belum selesai.

Satu mesyuarat Majlis Keselamata­n Negara (NSC) dijadual awal minggu depan bagi membincang­kan kempen diketuai AS menentang Daesh di Syria, menurut pegawai AS.

Komen Trump dibuat ketika Perancis berkata kelmarin, ia mungkin meningkatk­an kehadiran tenteranya di Syria bagi menyokong kempen diketuai AS.

Ketika Pentagon menganggar­kan Daesh kehilangan kirakira 98 peratus wilayah di Iraq dan Syria, pihak berkuasa tentera AS memberi amaran, militan mungkin merampas kembali kawasan yang bebas dengan segera kecuali mereka dihapuskan.

Trump perlu diyakinkan dengan situasi itu, kata pegawai AS yang mengetahui mesyuarat NSC.AFP/REUTERS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia