Berita Harian

49 entiti Korea Utara disenarai hitam

-

New York: Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB) menyenarai hitam 27 kapal, 21 syarikat dan seorang ahli perniagaan kerana membantu memintas sekatan ke atas Korea utara.

Tindakan dibuat ketika Amerika Syarikat (AS) meningkatk­an tekanan ke atas Pyongyang walaupun pemimpinny­a, Kim Jongun bersedia berunding, kata diplomat.

Ia adalah sebahagian tindakan keras global berkaitan penyeludup­an minyak serta arang batu oleh Korea Utara sebagai pelanggara­n resolusi sekatan PBB, diterima susulan ujian peluru berpandu balistik Pyongyang.

Berikutan permohonan AS itu, jawatankua­sa sekatan Korea Utara Majlis Keselamata­n menyenarai hitam 21 syarikat perkapalan, termasuk lima berpangkal­an di China manakala selebihnya di Singapura, Samoa, Pulau Marshall dan Panama; 15 kapal milik Korea Utara; 12 kapal bukan milik Korea Utara dan seorang ahli perniagaan, dikenakan larangan perjalanan global serta pembekuan aset kerana menguruska­n penghantar­an haram arang batu Pyongyang dengan broker di Russia.

Jong-un bertemu Trump akhir Mei

Keputusan diambil beberapa hari selepas Jongun bertemu Presiden China, Xi Jinping dan mengumumka­n, pemimpin Korea Utara itu akan ber temu Presiden Korea Selatan, Moon Jaein 27 April ini.

Jongun juga dijadual bertemu dengan Presiden Donald Trump akhir Mei nanti.

Sementara itu dalam perkembang­an lain, di Beijing, Jongun komited menghantar pasukan negaranya ke Olimpik Tokyo dan Beijing, kata Presiden Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa (IOC), Thomas Bach semalam selepas pertemuan jarang berlaku dengan pemimpin itu di Pyongyang.

Bach berkata, IOC akan membuat cadangan satu perarakan bersama dan aktiviti antara pasukan Korea Utara dan Selatan dalam Sukan Olimpik 2020 di Jepun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia