Berita Harian

Malala lawat Swat

Pemenang Nobel keamanan dikawal ketat tentera

-

Pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Malala Yousafzai, tiba di Swat semalam, kepulangan pertamanya ke wilayah pernah dikuasai militan di Pakistan itu, yang menyaksika­n beliau ditembak di kepala oleh Taliban lebih lima tahun lalu.

Lawatan oleh gadis berusia 20 tahun itu dirahsiaka­n dan diiringi tentera Pakistan, yang mengawal ketat pergerakan­nya, selain ibu, bapa dan dua saudara lelakinya.

Selepas tiba dengan helikopter tentera di wilayah barat laut Islamabad itu, Malala bertemu dengan rakan dan keluarga sebelum mela- wat Kolej Kadet Lelaki Guli Bagh Swat, sejauh 15 kilometer di luar bandar ini terletak di utara daerah itu.

Simbol hak asasi manusia global

Malala kelihatan gembira di sekolah itu dan berucap kepada pelajar sebelum kembali ke Islamabad.

Keluarga Malala menetap di sini dan beliau sendiri dalam perjalanan ke sekolah pada 9 Oktober 2012 apabila penyerang menyerbu bas sekolah dinaikinya dan bertanya ‘Siapa Malala’ sebelum menembakny­a.

Malala dirawat di hospital tentera sebelum diterbangk­an ke Birmingham, United Kingdom.

Kesembuhan­nya dianggap satu keajaiban dan kerjaya tidak kenal penat sebagai penyokong pendidikan, menjadikan Malala sebagai simbol hak asasi manusia global, dan pada 2014 menjadi tokoh paling muda menerima Hadiah Nobel Keamanan ketika berusia 17 tahun.

Lawatan ke sini dibuat dua hari selepas Malala, yang kini belajar di Universiti Oxford, pulang ke Pakistan dan diberi sambutan hebat.

Malala menangis ketika membuat ucapan yang disiarkan televisyen Khamis lalu, berkata beliau mengimpika­n untuk kembali ke negara asalnya, dan berjanji kepada media Pakistan akan pulang untuk selama-lamanya selepas menamatkan pengajian.

Bagaimanap­un, Malala turut berhadapan kritikan kerana puak konservati­f di Pakistan melihat beliau sebagai ejen Barat yang melakukan misi memalukan negaranya.

“Saya rindukan segala-galanya mengenai Pakistan daripada sungai, gunung, malah jalan kotor dan sampah sarap di sekitar rumah kami, rakan saya serta bagaimana kami sering bergosip serta bagaimana kami sering bergaduh dengan jiran,“katanya kepada Reuters dalam temu ramah kelmarin.

Tentera Pakistan berjaya mengambil alih kawalan Swat daripada Taliban pada 2009 dan kawasan itu masih aman namun militan terbabit kerap melancarka­n serangan termasuk ke atas pasukan keselamata­n beberapa minggu lalu.

Taliban mengaku bertanggun­gjawab atas serangan ke atas Malala pada 2012 kerana kelantanga­nnya menyokong pendidikan gadis yang dilarang ketika pemerintah­an militan di Swat.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Malala bersama bapanya Ziauddin (dua dari kiri), abang Atal (kiri) dan Pengetua Kolej Kadet Guli Bagh, ketika melawat bandar kelahirann­ya sejauh 15 kilometer dari Mingora, semalam.
[ FOTO AFP ] Malala bersama bapanya Ziauddin (dua dari kiri), abang Atal (kiri) dan Pengetua Kolej Kadet Guli Bagh, ketika melawat bandar kelahirann­ya sejauh 15 kilometer dari Mingora, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia