Berita Harian

Banyak pulau di Asia Tenggara ditutup

Pihak berkuasa mahu lindungi ekosistem akibat pemanasan laut, kesesakan

-

Semakin banyak pulau popular di Asia Tenggara akan dihadkan kepada pengunjung tahun ini, ketika pihak berkuasa cuba melindungi ekosistem marin daripada pemanasan laut dan pembanguna­n meluas walaupun tindakan itu menjejaska­n pendapatan pelanconga­n dan puluhan ribu pekerjaan.

Thailand akan menutup Maya Bay, menjadi terkenal sebagai tempat penggambar­an filem The Beach dibintangi Leonardo Dicaprio selama empat bulan dalam setahun mulai Jun ini.

Di Filipina, pihak berkuasa negara itu merancang menutup Pulau Boracay selama enam bulan akhir April.

Terumbu karang berkuranga­n

“Pulau memiliki ekosistem amat lemah yang tidak boleh terlalu terdedah kepada ramai manusia, pencemaran daripada bot dan kewujudan hotel di tepi pantai.

“Jumlah terumbu karang semakin berkuranga­n akibat suhu laut lebih panas dan terlebih sesak. Ada ketikanya, penutupan penuh satusatuny­a cara bagi membolehka­n alam semula jadi sembuh,” kata pakar marin ibu kota ini, Thon Thamrongna­wasawat.

Lebih tiga perempat terumbu karang di Thailand rosak akibat peningkata­n suhu laut dan aktiviti pelanconga­n berleluasa, kata Thon.

Minggu lalu, beliau mencadangk­an jumlah pengunjung ke 22 taman marin di Thailand dihadkan kepada enam juta orang setahun untuk memberi ruang pemulihan dengan 5.5 juta pelawat ketika ini.

Thailand menutup puluhan kawasan menyelam kepada pelancong pada 2011, selepas suhu laut panas menyebabka­n kerosakan teruk pada terumbu karang di Laut Andaman, antara destinasi menyelam utama di dunia. Ia juga menutup beberapa pulau pada 2016.

Pantai berpasir negara itu membantu menarik jumlah pelancong rekod pada tahun lalu dengan pendapatan sektor itu menyumbang 12 peratus kepada ekonomi.

Kerajaan Thailand menjangka 38 juta kehadiran pelancong tahun ini.

Asia Tenggara dijangka menanggung kesan peningkata­n kerosakan terhadap terumbu karang, sekali gus mengehadka­n pendapatan nelayan dan menyebabka­n banyak negara terdedah kepada ribut serta kerosakan akibat peningkata­n paras laut, menurut beberapa kajian sebelum ini.

Filipina adalah negara paling terdedah kepada perubahan iklim. Tahun lalu, kirakira dua juta pengunjung melawat Boracay yang terkemuka dengan pantai pasir putihnya.

Dalam satu lawatan bulan lalu, Presiden Rodrigo Duterte menggelar pulau itu sebagai pembetung najis kerana sisa kumbahan dibuang secara terus ke dalam laut dan memberi amaran, bencana alam semula jadi apabila bangunan dibina terlalu dekat dengan pesisir pantai.

 ??  ??
 ??  ?? Pulau Boracay dicemari alga di sepanjang pantainya.
Pulau Boracay dicemari alga di sepanjang pantainya.
 ??  ?? Maya Bay sesak dengan pelancong.
Maya Bay sesak dengan pelancong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia