Berita Harian

Indonesia cadang tempe sebagai warisan budaya UNESCO

-

Jakarta: Indonesia akan mencadangk­an tempe sebagai warisan budaya tidak ketara UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu) menjelang 2021.

Ketua Forum Tempeh Indonesia, Made Astawan berkata, makanan itu perlu diakui sebagai satu warisan budaya negara terlebih dulu.

“Kami amat berbesar hati kerana tempe diiktiraf kerajaan Indonesia sebagai warisan budaya negara Oktober lalu. Ia meyakinkan kami untuk mendapatka­n pengiktira­fan antarabang­sa UNESCO 2021,” katanya kepada akhbar Tempo barubaru ini.

Made berkata, oleh kerana tempe berada dalam senarai warisan budaya UNESCO, rakyat Indonesia, terutama golongan muda kreatif, akan membawa lebih banyak inovasi kepada makanan popular itu.

“Disebabkan batik diiktiraf UNESCO pada 2009, generasi muda menunjukka­n minat yang besar dalam pemakaian batik,” katanya.

Beliau melahirkan harapan supaya golongan belia Indonesia akan lebih ghairah memakan tempe, berikutan makanan itu dihidangka­n secara meluas dalam hotel, termasuk dalam penerbanga­n dan diterima secara meluas di negara seperti Jepun, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS).

Katanya, beliau merasakan tempe akan diterima oleh UNESCO sebagai penyertaan dari Indonesia walaupun ia turut dicadangka­n negara lain.

“Kami menyediaka­n bukti kukuh, terutama kisah Serat Centhini yang menyatakan tempe sudah dihasilkan sejak kurun ke16,” tambahnya.

Beliau berkata, rakyat Indone sia perlu berupaya menghasilk­an tempe berkualiti tinggi untuk memenuhi standard antarabang­sa.

Sukar penuhi standard

“Membuat tempe adalah mudah dan tidak mahal, namun langkah sukar adalah memenuhi standard. Justeru kita perlu memperbaik­i hasil pengeluara­n seperti memakai sarung tangan atau menggunaka­n tong keluli tanpa karat berbanding terpakai,” katanya.

Seorang pensyarah di Sekolah Pendidikan Universiti Katolik Widya Mandala Surabaya, Agustinus Ngadiman berkata, tempe berhak mendapat pengiktira­fan warisan budaya dunia disebabkan kewujudann­ya sekian lama.

“Tempe sekian lama digunakan sebagai simbol tradisi. Di Jog jakarta dan Sleman, ia adalah sebahagian tumpeng (nasi kuning berbentuk kon bersama hidangan sampingan) dalam acara istimewa,” katanya.

Ketika ini, hanya kirakira 30 peratus kacang soya datangnya daripada petani tempatan sementara 70 peratus diimport.

Agustinus melahirkan harapan supaya kerajaan memainkan peranan lebih aktif dalam pengeluara­n tempe, sebagai contoh memperbaik­i pengeluara­n kacang soya tempatan bagi mengurangk­an kebergantu­ngan negara terhadap kacang soya import.

 ??  ?? Tempe sudah dihasilkan di Indonesia sejak kurun ke-16.
Tempe sudah dihasilkan di Indonesia sejak kurun ke-16.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia