Berita Harian

Syria tempat paling sukar belajar

Golongan muda anggap pendidikan penting, perangbuka­nalasan

-

Dia sebelum ini, mengambil kelas sekolah menengah di Timur Ghouta ketika kawasan itu dilanda perang saudara dan kepungan berpanjang­an, namun tiada tempat untuk melanjutka­n pembelajar­an ke peringkat universiti selepas itu.

“Ketika saya menamatkan pengajian sekolah tinggi, saya tidak dapat mencari universiti yang menawarkan ijazah sains komputer. Saya berasa sudah mengorak langkah pertama. Pengajian dan ijazah penting untuk terus maju kerana ia simbol kejayaan masa depan,” katanya Mahmoud ketika ditemubual agensi berita BBC, baru-baru ini.

Pengajian yang diiktiraf

University of the People dianggap alternatif bagi mereka yang tiada pilihan lain. Ia digunakan pelajar Syria ketika pertempura­n di Aleppo, kebetulan ketika universiti di bandar raya itu sendiri menjadi sasaran serangan roket.

Pelajar boleh menjalani pengajian yang diiktiraf dalam talian sepenuhnya dengan sokongan pelbagai pihak, termasuk Google dan Gates Foundation serta mempunyai kakitangan ahli akademik sukarelawa­n dan pensyarah universiti bersara.

Di Timur Ghouta yang pernah disifatkan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres sebagai ‘neraka di dunia’, universiti itu mempunyai 10 pelajar yang masih mengikuti pengajian.

Persoalann­ya, bagaimana seseorang boleh memberi fokus kepada pengajian ketika dalam serangan sedemikian?

“Pastinya, banyak kesan psikologi kerana apa yang berlaku di sekeliling kami. Ketika serangan bom amat kerap, kami berfikir untuk terus hidup. Apabila serangan bom berkurang walaupun untuk tempoh singkat, kami kembali berfikir mengenai pekerjaan, pengajian dan mengenai masa depan kami.

“Saya sendiri melihat masalah utama adalah psikologi kerana

 ??  ?? Seorang penuntut universiti dalam talian, Mariam menelaah hanya dengan menggunaka­n cahaya lilin, ketika pertempura­n di Aleppo, Syria. sity of the People UniverKemu­snahan di Timur Ghouta, Syria susulan operasi tentera kerajaan merampas kawasan itu...
Seorang penuntut universiti dalam talian, Mariam menelaah hanya dengan menggunaka­n cahaya lilin, ketika pertempura­n di Aleppo, Syria. sity of the People UniverKemu­snahan di Timur Ghouta, Syria susulan operasi tentera kerajaan merampas kawasan itu...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia