Berita Harian

Percutian selesa di tengah bandar raya

-

Memilih percutian bersama keluarga, anda tidak perlu memandu jauh. Apa yang penting keselesaan dan tempat penginapan yang ditempah lengkap pelbagai kemudahan.

Bagi mereka yang mencari lokasi percutian, penginapan sekitar pusat bandar antara menjadi pilihan. Hotel Renaissanc­e Kuala Lumpur antara yang perlu anda teroka memandangk­an lokasinya strategik di tengah pusat bandar.

Lanskap pusat percutian bertemakan resort, memberikan suasana persekitar­an nyaman seolah-olah anda bercuti di pantai. Ia terletak di lokasi strategik kurang satu kilometer dari pusat beli-belah Suria KLCC.

Penginapan bertaraf lima bintang disediakan memberi peluang tetamu menikmati keindahan malam ibu kota Kuala Lumpur.

Status hotel perniagaan berkonsepk­an mesra tetamu berkeluarg­a dengan kemudahan kolam renang beroperasi sehingga jam 10 malam dan ruang khas untuk kanakkanak di tingkat 24

Sajian istimewa di rangkaian restoranny­a Temptation­s untuk sarapan dan makan tengah hari. Tetamu juga berpeluang menikmati sajian pagi di R Club tingkat 25 dalam suasana lebih privasi. Nikmati sajian makan malam anda dengan sajian makanan laut panggang di Aussie Bushman's BBQ Poolside Gazebo.

Antara kemudahan lain adalah gimnasium, jakuzi dan sauna, selain sesi yoga.

Anda boleh berjalan kaki dari hotel ke taman rekreasi di Bukit Nanas. Nikmati keindahan kawasan hijau suasana hutan dalam bandar yang sungguh menyegarka­n.

 ??  ?? west wing.
west wing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia