Berita Harian

Eko resort dalam dusun

Pusat rekreasi di pinggir bandar gamit warga kota ke lokasi percutian

- Oleh Zubir Mohd Yunus

Fzubir_yunus@bh.com.my

lamboyat atau flamboyan lazimnya menjadi mercu tanda sesebuah taman kerana keunikan warna bunganya. Mengambil inspirasi itu, destinasi percutian keluarga berkonsep eko resort, dikenali sebagai Flamboyan Resort dibina dalam perkaranga­n kebun buah-buahan terletak di belakang Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Jalan Ulu Yam-sungai Tua.

Kawasan dikeliling­i dusun buah-buahan seperti cempedak, nangka, pulasan, rambutan dan durian.

Resort dilingkari

Sungai Chik terbelah dua, seolah-olah destinasi percutian itu terletak di sebuah lembangan sungai.

Bagi kaki pancing, penginapan di resort itu umpama 'lubuk' kerana pelbagai ikan eksotik hidup liar dalam sungai berkenaan.

Dikeliling­i bukit-bukau

Panorama kebun buahbuahan, dikeliling­i bukitbukau dan landskap indah yang menghijau dengan bunyi deruan air sungai, umpama terapi minda.

Penyelaras dan koordinato­r resort, Ahmad

Nazri Ismail, berkata nama flamboyan adalah inspirasi daripada pokok semarak api yang tumbuh meliar di hutan Malaysia terutama di Tawau, Sabah.

Kedudukan resort ini strategik, terletak bersebelah­an sekolah berasrama penuh, menjadi pilihan ibu bapa yang menziarahi anak.

"Ia menjadi destinasi transit pengunjung ke Taman Eko Rimba, Sungai Tua untuk berkelah," katanya.

Anda juga boleh ke Taman Orkid Ulu Yam

Baru dan pekan Kuala

Kubu Bharu yang menempatka­n Empangan Sungai Selangor sebagai destinasi pelanconga­n popular.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia