Berita Harian

Pengalaman main salji di bumi Korea

Suhu sekitar 2 hingga 5 darjah Selsius cukup mencabar

- Oleh Osman Lisut

Amanlee@bh.com.my

nnyeonghas­eyo!

Sebaik diumumkan juruterban­g bahawa hanya beberapa minit sahaja lagi pesawat akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Incheon, Seoul semua penumpang bingkas bangun.

Cuaca dingin daripada luar pesawat mulai terasa berbeza sejuk penghawa dingin dalam pesawat dan cermin tingkap juga agak berkabus.

Kalau tidak kerana ingin merasai pengalaman bermain salji, empat beranak iaitu

Shaiful Asri Md Yusoff, Rohaya Saed, Aida Zakirah dan Asma Zafirah tidak sampai ke sini.

“Kami berlepas kira-kira jam 1 pagi dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur

(klia 2) dan sampai di Seoul pada jam 7.20 pagi (waktu tempatan) iaitu tujuh jam penerbanga­n.

“Kami disambut pemandu pelancong dan diminta terus menaiki bas, manakala beg pakaian yang dibawa diuruskan kakitangan agensi pelanconga­n.

“Kami kemudian diminta memakai pakaian tebal kerana suhu di Seoul ketika itu sekitar 2-5 darjah Selsius. Apa lagi menggelupu­r mencari baju panas, malah ada juga yang menggunaka­n kain selimut untuk membalut tubuh badan,” katanya kepada

Pusing sekitar Seoul

Kata Shaiful, di hari pertama lagi rombongan mereka dibawa melawat Istana Gyeongbokg­ung (Istana Maharaja Dinasti

Joseon, 1395), Muzium Rakyat Kebangsaan dan Rumah Biru Presiden (Cheong Wa Dae).

“Kemudian kami dibawa membeli-belah di Pasar Dongdaemun dan menikmati juadah makan tengah hari di restoran tempatan (restoran halal) di situ. Kami kemudian dibawa ke Masjid Itaewon,

Seoul bagi menunaikan solat.

“Selepas mengambil suar foto di kawasan sekitarnya, rombongan dibawa ke Muzium Silap Mata di Hongdae Street yang memaparkan pelbagai lukisan 3D begitu mengasyikk­an. Terpukau Aida Zakirah dan Asma Zafirah melihat lukisan berkenaan yang seakan betul.

“Pengunjung juga dibawa ke sebuah restoran di kawasan sekitar, diajar membuat kimchi dan memakai pakaian tradisiona­l orang Korea, Hanbok.

“Di sebelah petang pula, kami dibawa ke Menara Seoul, iaitu menara komunikasi seperti Menara Kuala Lumpur di Malaysia. Menariknya di sini terdapat ‘Love Lock Trees’ iaitu pokok yang menempatka­n mangga kunci di mana anaknya dibuang mereka yang bercinta seolah-olah cintanya kukuh terkunci selamanya,” katanya.

Hari kedua ekspedisi amat teruja buat empat beranak ini apabila mereka ke Pulau Nami untuk bermain ski dan salji yang tidak terlintas di fikiran.

Bak kata orang, tidak lengkap melawat Korea Selatan tanpa pergi ke Pulau Nami yang juga menjadi destinasi idaman ramai selepas popular menjadi lokasi penggambar­an drama sensasi Korea, Winter Sonata.

Terletak 63 kilometer (km) dari Seoul, memakan masa hampir empat jam untuk sampai ke pulau ini, lebih-lebih lagi laluan diselaputi salji.

“Di pertengaha­n jalan, singgah di restoran menikmati makan tengah hari dan solat. Kami kemudian menaiki feri untuk ke pulau berkenaan yang mengambil masa 10 minit.

“Kami bermalam di Ski

Resort dengan kesejukan hampir 0 darjah Selsius. Habis bergulung dalam dua selimut tebal, itu pun masih terasa kedinginan suhunya,” katanya.

Kata Shaiful, memandangk­an terdapat perubahan pada jadual lawatan, keesokanny­a beliau empat beranak terus mendaftar untuk bermain ski.

“Selepas enam jam bermain salji, kami juga diberi tunjuk ajar menggunaka­n peralatan ski. Beberapa kali saya dan anakanak terjatuh kerana tersilap teknik mengendali­kannya.

“Walaupun terdapat cahaya matahari, namun tidak terasa kehangatan­nya kerana suhu dingin ketika itu lima darjah Celsius. Kesejukann­ya

 ??  ?? BH. Mereka yang tidak pernah berski diajar untuk menggunaka­n peralatan berkenaan. Menunggu kereta kabel
BH. Mereka yang tidak pernah berski diajar untuk menggunaka­n peralatan berkenaan. Menunggu kereta kabel
 ??  ??
 ??  ?? untuk bermain ski di Ski World.
untuk bermain ski di Ski World.
 ??  ?? Kedinginan salji di Pulau Nami.
Kedinginan salji di Pulau Nami.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia