Berita Harian

Ikan patin tempoyak sajian kegemaran

-

Isi durian diasingkan daripada bijinya kemudian ditambah dengan garam sebelum disimpan sekurangku­rangnya tiga hingga lima hari dalam suhu bilik. Itu cara menghasilk­an sajian penambah rasa yang popular dari Pahang iaitu tempoyak.

Mencipta kelainan dan membangkit­kan aroma tempoyak lebih pekat, restoran Azmi Steam Tempoyak, di Kampung Peramu Maju, Kuantan, menyajikan sajian tempoyak sama tetapi berkonsep kukus.

Rasanya lebih sedap kerana menggunaka­n tempoyak yang diperam lebih kurang enam bulan.

Pemiliknya, Ainul Nizira Mohd Kamal Azmi, berkata menu yang baharu diperkenal­kan sejak dua tahun lalu itu, menyediaka­n kuah tempoyak yang dikukus bersama ikan patin.

Katanya, sajian istimewa ikan kukus tempoyak ini dicampur dengan ramuan lain seperti cili padi merah, kunyit dan gula sebelum dikukus setengah jam,” katanya.

Saji hidangan segar

Antara menu lain ialah ikan bakar pais, stim halia dan masak kicap.

Semua sajian itu berasaskan ikan sungai dan ternakan sangkar saja.

Enam jenis ikan dari Kuala Lipis, Kuantan dan Raub, iaitu patin, talapia, kerai, kelah dan tenggelan untuk pilihan pelanggan.

“Ikan itu diletakkan di dalam kolam khas bersebelah­an kedai bagi mengekalka­n kesegaran dan kemanisan ikan sungai sebenar,” katanya.

Beliau berkata, bagi yang menggemari makanan laut, restoran itu menghidang­kan udang galah sambal, sotong goreng tepung dan ketam cili.

Sajian itu perlu ditempah sehari lebih awal untuk persediaan.

Pelbagai keistimewa­an hidangan itu menjadikan ia termasuk dalam senarai lokasi restoran menarik untuk Pelanconga­n Negeri Pahang.

 ??  ?? Ikan patin stim tempoyak.
Ikan patin stim tempoyak.
 ??  ?? Ainul Nizira menunjukka­n hidangan popular direstoran­nya di Tanjung Lumpur.
Ainul Nizira menunjukka­n hidangan popular direstoran­nya di Tanjung Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia