Berita Harian

Rumah Kutai Haji Zaman

-

Suasana sungguhsun­gguh sunyi, tiada lagi irama kayukayan berlagaanb­ersentuhan, tukul menukul; dang-dang-dangdang, seolah memberi erti kerja-kerja membina itu telah selesai. Gumpalan resah tersekat di kerongkong bagai menahan aliran aneh dari mengalir. Dan perasaan lekas menjadi dua, antara keharuan dengan kebanggaan - dapat melihat rumah itu berdiri teguh di hadapannya; akhirnya dia akan meninggalk­an sesuatu bermakna buat anak cucu dan bangsa, juga, kekesalan tiada hujung - memahamkan rumah tersebut tidak dibina dengan kudrat sendiri, atau paling tidak, rasa sesal itu pasti akan lekas cempera, jika Nuh mahu melibatkan diri.

“Sudah-sudahlah ba,” suara Nuh bergema, “Patutnya abah di masjid selalu, zikir, ceramah, tausiah, dekatkan diri kepada Tuhan. Bukan memikir soal rumah lagi.” Sebilah pisau menghiris panjang di jantung Haji Zaman. “Zaman,” Nuh masih belum selesai menghiris, “Sudah maju ba. Membina rumah lebih mudah dan cepat. Yang penting murah dan jimat. Kita sudah sampai kepada teknologi panel modular, dengan lapisan penebat haba EPS, yang lebih kukuh tentunya. Tak perlu lagi tenaga mahir, hanya pasang dan siap!”

Sungguh-sungguh

Haji Zaman merasa tidak diperlukan lagi. Dia menjadi seorang tua di akhir usia yang hanya menunggu dijemput pencipta - menurut anaknya. Haji Zaman tak mengerti, adakah kerana teknologi sudah berubah? Menjadikan pekerjaann­ya selama ini tidak lagi dihargai. Atau generasi kini bertukar? Tak tahu lagi menghargai.

Dari lubang jendela, jelas kelihatan rumah kutai bertiang 16 berdiri di atas satusatu tanah miliknya, setelah lainnya digadai untuk mendanai pembelajar­an Nuh ke luar negara. Mengenangk­an itu, rasa sesal lebih tebal - makin keras dan payah dikikis. Dari mana puncanya anak itu menjadi keras kepala sehingga tidak mahu menyambung apa yang dia kerjakan seumur hidupnya?

“Kenapa abah sangat beria, membazir wang mengupah orang membina rumah seperti itu? Tak cukup ke rumah kita ini?” Nuh pernah lantang menentang ketika Haji Zaman memutuskan untuk mengupah bekas pekerjanya membina rumah tradisi. “Kalau betul abah inginkan, saya tentu boleh buatkan banglo dengan kolam renang yang lebih besar dan cantik di situ.” Haji Zaman benarbenar sakit, anak itu tak pernah cuba memahami. Dalam hidup ini bukan tentang besar dan cantik sahaja.

Kerana alasan itu jugalah, dengan segala keberatan hati, Haji Zaman terpaksa menurunkan segala kemahiran pertukanga­n kepada mereka yang sudi, yang sebenarnya tak pernah peduli pun tentang kesenian-kehalusan kerja tangan orang Melayu, cukuplah bayaran gaji diterima saban bulan. Namun, apa lagi pilihannya? Pergi bersama pengetahua­n dan kepakaran untuk ditimbus di dalam tanah kemudianny­a?

Berat-berat mengatur langkah, turun merapati pekerja sedang melepaskan lelah. Peluh belum kering ketika mereka menegur

Haji Zaman sebelum salah seorang lekas-lekas menghampir­i.

“Haji, rumah sudah siap.” Hossan mencampakk­an senyuman besar seperti ingin memberitah­u dia - walaupun datang dari Bangladesh, sangat berkemahir­an menyiapkan rumah warisan bangsa Melayu. Senyuman itu meloyakan di mata Haji Zaman sekalipun Hossan bekas pekerjanya yang paling mahir dan lama bekerja dengannya. Kalau dulu, bukan kata nak bina rumah, mengetam kayu pun tak reti, membuat tanggam apatah lagi. Namun mahu tak mahu, Haji Zaman terpaksa mengakui kesungguha­n dan kecekalan pekerja itu harus dipuji, sehingga berupaya membangunk­an sebuah syarikat pembinaan sendiri - khusus rumah tradisiona­l Melayu. Betapa ironinya. Betapa hodohnya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia