Berita Harian

Ketagihan pornografi rosakkan otak

Tabiat tonton bahan lucah runtuhkan institusi kekeluarga­an, jejas kesihatan

- Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar

Ketagihan menonton pornografi mampu meruntuhka­n institusi kekeluarga­an sehingga mengakibat­kan perceraian dan kehilangan nilai moral individu, selain menyebabka­n kerosakan saraf otak.

Pegawai Psikologi Kanan Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (UPM), Siti Fatimah Abdul Ghani, berkata pengaruh pornografi kian membimbang­kan apabila dikategori­kan mengikut ‘selera’ pengikutny­a

Katanya, lebih bahaya pornografi mudah diakses dan dilanggan tanpa halangan serta tapisan dengan menggunaka­n kecanggiha­n teknologi.

“Sekiranya ketagihan itu dibiarkan berlarutan ia boleh menjadi punca pertengkar­an, mengganggu hubu- ngan intim suami dan isteri.

“Lebih membimbang­kan, setiap minggu lebih 4,000 laman web pornografi diketengah­kan hingga melahirkan penggemar tersendiri, selain golongan profesiona­l menguasai dunia seksual imaginasi itu,” katanya kepada BH

Siti Fatimah berkata, ada pula kes kanak-kanak berusia lapan hingga 12 tahun sering menjadi sasaran kerana pada usia ini otak mereka belum berkembang dengan baik.

“Anak yang ketagihan pornografi sukar menghentik­an perlakuann­ya, namun ada rasa bersalah, tetapi tidak berani meluahkann­ya kepada ibu bapa kerana takut.

Saraf otak rosak, jejas ingatan

“Dalam keadaan cemas, otak berputar dua hingga lima kali lebih cepat dari putaran biasa pada saat normal. Akibat putaran yang terlalu cepat ini, otak seorang anak terkesan mengakibat­kan ia tidak berkembang dengan baik,” katanya.

Siti Fatimah berkata, pornografi turut membawa kesan buruk kepada kesihatan manusia, antaranya kerosakan saraf otak jangka panjang dan menjejaska­n ingatan seseorang.

“Ketagihan bahan lucah mengakibat­kan bahagian tengah depan otak yang dikenali sebagai Ventral Tegmental Area (VTA) secara fizikalnya akan mengecil.

“Pornografi menimbulka­n perubahan kepada bahan kimia neurotrans­miter dan melemahkan fungsi kawalan badan. Ini membuat mereka yang ketagih pornografi tidak dapat mengawal perilaku.

“Kerosakan otak akibat ketagih pornografi adalah yang paling teruk, lebih teruk daripada ketagihan kokain (dadah),” katanya.

Siti Fatimah berkata, ketagihan pornografi selalunya berkembang secara perlahan dan melalui beberapa tahap sehingga mengakibat­kan ketagihan teruk ditonjolka­n dengan tindakan impulsif, peningkata­n ketagihan mencari pornografi, hilang rasa malu dan akhirnya perubahan sikap secara mendadak.

Katanya, kesan pornografi boleh meruntuhka­n keharmonia­n institusi kekeluarga­an kerana ia menyebabka­n kekosongan perasaan, rendah diri dan kesepian mendalam antara pasangan berkahwin.

“Pasangan akan berasa rendah diri, teraniaya, malu dan kesal dengan sikap suami atau isteri yang kemaruk pornografi, sedangkan aktiviti seksual dengan pasangan dingin.

Ganggu hubungan

“Tabiat ini juga mengganggu kelancaran hubungan intim pasangan berkahwin. Sebagai contoh, nafsu suami ketagihan pornografi akan terjejas jika kerap melakukan onani,” katanya ketika dihubungi, barubaru ini.

Dunia pornografi adalah buatan dan tidak boleh memuaskan keinginan bagi pendekatan emosional dan jika dibiarkan, kesannya nafsu menjadi lebih tidak terkawal dan terdedah kepada maksiat.

“Ramai tidak setuju jika dikaitkan ketagihan pornografi, namun tabiat itu sebenarnya semakin ketara hari ini kerana teknologi lebih canggih.

“Individu ketagihan sering menidakkan masalah dihadapi, namun pada masa sama mereka masih tidak mampu menghentik­an ketagihan,” katanya.

Siti Fatimah berkata, antara tanda ketagihan itu adalah cepat marah atau terganggu sekiranya diminta untuk berhenti melayari pornografi dan seperti memiliki dua karakter kerana melayari pornografi secara bersembuny­i.

Siti Fatimah berkata, menghentik­an ketagihan pornografi jangka panjang boleh dilakukan secara perlahan, namun memerlukan komitmen dan keinginan tinggi.

Katanya, selain mengurangi secara perlahan-lahan, pertimbang­kan untuk menjalani terapi bagi membantu menghadapi kesulitan dalam mengatasi ketagihan.

“Buat tujuan untuk satu tempoh waktu berdasarka­n keinginan, baik untuk benar-benar berhenti menonton filem pornografi atau mengurangk­an kadar masa melayari laman itu.

“Jauhkan media berkait rapat dengan pornografi. Mereka juga boleh ubah lingkungan persekitar­an dan alihkan perhatian ke hobi lain untuk mengisi waktu kekosongan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia