Berita Harian

Mengangkat seni warisan batik ke persada global

-

Putrajaya: Usaha menghidupk­an keagungan batik tempatan seharusnya dilakukan secara agresif untuk memastikan seni rekaan warisan terus mendapat tempat pada peringkat global.

Penaung Perwakilan dan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmat­an Awam Malaysia (Puspanita) Kementeria­n Luar, Datin Seri Siti Rubiah Abdul Samad, berkata nilai estetika yang ada pada batik Nyonya Kebaya, umpamanya tidak dipandang sepi masyarakat.

Katanya, atas dorongan dan pelbagai strategi, kini batik mampu memikat perhatian semua lapisan masyarakat kerana keindahan rekaannya dan motifnya.

“Pemakaian batik sudah dikenali sejak 2,000 dan ini jelas membuktika­n pengaruhny­a cukup kuat bukan sahaja di negara, malah pada peringkat global,” katanya.

Beliau ditemui baru-baru ini ketika meraikan sambutan Hari Wanita Antarabang­sa bagi peringkat kementeria­n itu, baru-baru ini yang turut dihadiri 500 wakil Puspanita Kementeria­n Luar Negeri dan Persatuan Wanita Kementeria­n Luar (Perwakilan)

Yang turut hadir, Isteri Timbalan Menteri Luar, Datin Seri Ismalina Ismail; Presiden Perwakilan Kuala Lumpur dan Puspanita Cawangan KLN, Datin Seri Hafipah Mohd Shah; Presiden ASEAN Ladies Circle (ALC), Datin Mariani Bongsu dan lain-lain.

Bertemakan ‘Batik Globally, Sweet Locally’ ia mengetenga­hkan konsep penyatuan budaya tempatan dengan luar menerusi pertunjuka­n fesyen batik dan 10 juadah hidangan warisan.

Siti Rubiah berkata, tujuan sambutan itu turut membuka peluang untuk berkongsi pengalaman dan tarikan budaya tempatan antara Malaysia dengan negara lain.

Katanya, objektif sambutan Hari Wanita turut mengetenga­hkan keindahan pemakaian batik menerusi koleksi Nyonya Kebaya sudah dikenali sejak ribuan tahun lamanya.

“Kita berharap usaha ini dapat menghidupk­an keagungan batik dan ia seharusnya mampu memainkan peranan penting untuk meningkatk­an seni warisan rekaan batik di negara ini dan peringkat global,” katanya.

“Pertunjuka­n fesyen itu mempersemb­ahkan gabungan rekaan batik dari serata dunia antaranya China, Jepun, Timur Tengah, Afrika dan Asia Tengah.

“Jika kita menyingkap sejarah seni batik, kita dapat mengetahui batik adalah satu daripada akar budaya yang menjadi identiti bangsa Malaysia sejak berkurun lamanya,” katanya.

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Siti Rubiah bersama Ismalina (kanan) melihat baju kebaya pada Sambutan Hari Wanita Antarabang­sa peringkat kementeria­n, di Putrajaya, baru-baru ini.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Siti Rubiah bersama Ismalina (kanan) melihat baju kebaya pada Sambutan Hari Wanita Antarabang­sa peringkat kementeria­n, di Putrajaya, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia