Berita Harian

Fasha Sandha rasa disayangi

Terharu terima pelbagai kejutan sempena ulang tahun ke-34

- Oleh Syarrizuan Abdul Rashid

Memasuki usia 34 tahun pada 28 Mac lalu, Fasha Sandha bersyukur masih diberi Allah peluang untuk mendakap bahagia. Semakin matang dalam mencorakka­n perjalanan hidupnya, anak kelahiran Johor Bahru, Johor itu berkata, pengalaman lalu membentukn­ya semakin kuat berdepan dugaan.

Terharu apabila berterusan diraikan sempena sambutan ulang tahun kelahirann­ya, ibu kepada sepasang cahaya mata itu berlapang dada apabila ramai yang ikhlas mencurahka­n kasih sayang terhadapny­a.

“Banyak kejutan yang saya terima dan saya tidak sangka ramai yang ambil peduli dan ingat saya. Pada usia 34 tahun, saya lebih menghargai erti persahabat­an. Mungkin saya tidak ramai sahabat, tetapi mereka yang ada ini ikhlas menghargai saya.

“Tiada apa lagi yang saya harapkan kerana Allah begitu pemurah kerana melimpahka­n saya dengan kebahagiaa­n berpanjang­an,” katanya.

Azam perbaiki diri

Ditanya mengenai harapan sempena pertambaha­n usia, Fasha berazam memperbaik­i diri untuk menjadi manusia yang lebih baik. Akuinya, peningkata­n usia membuatkan dia semakin fokus merencana masa depan bersama anakanakny­a.

“Usia 34 tahun adalah fasa kematangan wanita. Saya mahu terus maju dalam kerjaya yang diceburi dan terus melipatgan­dakan usaha menjadi yang terbaik,” katanya.

Mula dikenali menerusi drama rantaian Natasha, Fasha percaya, setiap perancanga­n ke arah kebaikan tidak kira sama ada dalam kehidupan peribadi atau kerjaya pasti membuahkan hasil. Justeru, Fasha mahu terus fokus melakukan apa yang sudah direncana sebaik mungkin tanpa mempedulik­an pandangan negatif luar.

Bahagia dengan anak

“Saya bersyukur dengan rezeki yang dianugerah­kan. Saya bahagia dan gembira dengan anak, keluarga dan teman yang sentiasa setia di sisi,” katanya.

Bercerita lanjut, pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan itu berkata, dia juga mahu terus

 ??  ?? Fasha Sandha
Fasha Sandha

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia