Berita Harian

Persiap diri hadapi perubahan

-

memperbaik­i kelemahan dalam bidang penerbitan yang baru diceburi.

Akuinya, masih banyak perkara yang perlu dipelajari dalam usaha memastikan dirinya dapat memberikan yang lebih baik dalam bidang itu.

“Setiap hari, saya anggap sebagai proses pembelajar­an. Selagi bernafas, kita tidak akan habis belajar.

“Tidak rugi jika kita mempunyai semangat untuk terus memperbaik­i diri dan menjadi insan yang lebih baik,” katanya.

Teman kongsi suka, duka

Menyelami perasaanny­a sebagai wanita berkerjaya, pada masa sama, menggalas tanggungja­wab sebagai ibu kepada Putra Rayfal, 4, dan Putri Raysha Jemaima, 3, Fasha berkata, dia sentiasa meletakkan kebahagiaa­n anaknya pada tangga teratas.

“Sebagai ibu, saya sentiasa mengutamak­an keperluan mereka berbanding diri. Syukur kerana mereka membesar menjadi anak yang sihat dan bijak. Mungkin mereka belum Bercerita mengenai dirinya yang terus menjadi pilihan penerbit, meskipun ramai bakat baharu hadir mewarnai industri hiburan, Fasha dengan merendah diri bersyukur. Meskipun memiliki nama kukuh, Fasha tidak akan sesekali berkomprom­i dalam soal disiplin dan komitmen kerja.

“Saya yakin disiplin menjadi kunci utama supaya bakat terus dihargai. Saya selalu beritahu diri, setiap tawaran yang diberikan adalah amanah dan saya perlu memberinya sepenuh hati. Apatah lagi, kerjaya lakonan adalah sumber rezeki utama saya,” katanya.

Pelakon Syurga Yang Kedua itu juga tidak pernah jemu mendalami ilmu lakonan. Baginya, hanya dengan kualiti bakat, seseorang pelakon mampu bertahan merentas masa.

“Saya masih belajar menguasai pelbagai teknik lakonan, selain perlu sentiasa peka dengan perubahan di persekitar­an. Sama seperti bidang lain, dunia lakonan juga melalui proses evolusi. Saya perlu sentiasa mempersiap­kan diri dan memperbaik­i kekurangan,” katanya.

Fasha juga melahirkan penghargaa­n terhadap kelab peminatnya, We Love Fasha Sandha yang sentiasa teguh berdiri di belakangny­a sejak sedekad lalu. Mereka katanya, begitu istimewa kerana masih setia bersama ketika dia jatuh dan bangun.

“Bukan mudah untuk meraih kepercayaa­n mereka. Alhamdulil­lah sejak 10 tahun lalu, mereka sentiasa di sisi memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Fasha bersama peminat yang setia sejak sedekad lalu.
Fasha bersama peminat yang setia sejak sedekad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia