Berita Harian

‘Bukan tak boleh tegur’

Janna sedia terima kritikan positif perbaiki kelemahan

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Niat asalnya menyanyika­n semula single terbaru Sufian Suhaimi, Di Matamu seperti yang dimuat naik di laman YouTube, barubaru ini sekadar untuk sukasuka. Video berdurasi hampir dua minit itu menyaksika­n pelakon Janna Nick mendendang­kan lagu popular itu diiringi petikan gitar penerbit dan pengarah JS Pictures, Azman Yahya atau Jinggo.

Tanpa diduga, persembaha­n santai Janna itu mengundang kecaman netizen yang menyifatka­n nyanyian pelakon drama rantaian Dia itu sumbang. Mengulas kritikan pedas yang dilontarka­n, Janna dalam nada tenang berkata, dia enggan melayan sebarang komen negatif terutama daripada mereka yang tidak faham situasi sebenar ketika video itu dirakamkan.

“Setiap orang ada pandangan tersendiri dan kalau mereka tidak suka, saya biarkan sahaja. Malas mahu layan kerana tujuan saya menyanyika­n lagu itu hanya untuk sukasuka. Boleh sahaja saya menyanyika­n lagu itu sepenuh hati, tetapi untuk apa?

“Lagipun, ia rakaman spontan dan bukan ketika saya menjayakan persembaha­n berbayar. Namun, terima kasih kerana sudi mengikut saluran Youtube saya. Sekurangku­rangnya dapat juga saya sedikit bayaran,” kata Janna.

Lebih berhati-hati

Ditemui pada majlis pelancaran telefon pintar Vivo 9 yang diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), barubaru ini, Janna berkata, dia bukan tidak boleh menerima teguran.

Tetapi, pelakon berusia 22 tahun itu beranggapa­n, ia bukan isu besar yang boleh menjatuhka­n nama atau reputasi manamana pihak.

“Saya akan lebih kecewa dan terkilan jika gagal menyanyi dengan baik ketika membuat persembaha­n berbayar. Ia akan memalukan pihak yang mencadangk­an nama saya untuk persembaha­n itu. Namun, itu bukan bermakna saya langsung tidak ambil peduli.

“Jika dilontar kritikan membina, saya akan ambil untuk memperbaik­i mutu nyanyian. Insyaallah, saya akan lebih berhatihat­i selepas ini. Sebagai artis yang lahir pada era media sosial menguasai, saya kena biasakan diri dengan kecaman,” kata anak kelahiran Sungai Petani, Kedah ini.

Hormat pilihan individu

Sebagai duta kepada telefon pintar keluaran China itu, Janna turut ditanyakan mengenai tindakan seorang selebriti laman sosial atau instafamou­s yang memperleke­h jenama telefon pintar keluaran Asia yang tular, barubaru ini,

Katanya, tindakan sebegitu hanya dilakukan oleh mereka yang tidak matang. Tegas pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri Syurga Nur itu, perbanding­an seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana setiap orang mempunyai cita rasa tersendiri dalam memilih peranti.

“Pada saya, ia bersifat kebudakbud­akan dan hanya mereka yang belum matang suka memperleke­h serta membanding­kan jenama sesebuah produk.

“Setiap orang ada cita rasa dan pilihan tersendiri. Saya lebih gemar memilih ciri tertentu yang ada pada sesebuah telefon pintar seperti skrin besar untuk memudahkan urusan kerja, kelajuan selain berat. Saya tidak mahu memiliki sesuatu sekadar melihat pada jenama,” katanya.

Tambah penyanyi Akan Bercinta itu, isu itu bagaimanap­un, tidak perlu diperbesar­kan kerana pandangan yang dikeluarka­n lebih bersifat peribadi.

Aidilfitri di perantauan

Dalam perkembang­an lain, pemilik nama lengkap Nurul Janna Muner itu bakal menyambut Aidilfitri di perantauan atas tuntutan kerja. Janna memberitah­u, sebagai duta jenama telefon pintar itu, dia diundang bersama duta dari negara lain untuk menghadiri acara pembukaan Piala Dunia 2018 yang akan berlangsun­g di Russia.

“Bukan bermaksud 1 Syawal itu tidak penting, tetapi saya perlu memenuhi komitmen kerja. Mahu atau tidak, saya terpaksa berpisah sementara dengan keluarga. Saya akan berada di sana selama lapan hari. Hanya pada raya kelima, baru saya kembali ke tanah air.

“Saya akan menjadi penonton, selain mewakili negara untuk jenama telefon pintar itu. Saya memang peminat bola sepak dan suka ke stadium menonton perlawanan. Apabila ada peluang seperti ini, sudah tentu saya tidak akan lepaskan,” katanya yang pertama kali bekerja pada hari raya.

 ?? [ FOTO NURUL SYAFINA JEMENON /BH ] ??
[ FOTO NURUL SYAFINA JEMENON /BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia