Berita Harian

Bos Gunners kian tenggelam

Aksi jumpa Stoke bakal jadi penentu masa depan Wenger

-

Arsene Wenger mungkin ‘hilang kata-kata’ sebelum pertemuan Arsenal dengan Stoke di laman sendiri, hari ini tetapi perdebatan mengenai masa depannya di Emirates masih terus diperkatak­an.

Di penghujung musim nanti, pengendali veteran dari Perancis itu sudah pun mengharung­i separuh daripada baki kontrak dua tahun bersama Gunners namun peminat kelab itu berasakan ia tidak sepatutnya diberikan kepada Wenger.

Selepas kali terakhir menghadiah­kan Arsenal kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 2004, pengendali berusia 68 tahun itu sebelum ini menempelak pengkritik­nya dengan berkata beliau menjadi mangsa diskrimina­si usia.

Kelab gergasi London itu ketika ini menghuni tangga keenam liga, ketinggala­n 13 mata di belakang pasukan tangga keempat, Tottenham Hotspur sekali gus di posisi bahaya untuk gagal ke kancah Liga Juara-juara, buat tahun kedua berturut-turut.

Terlalu lama

Masalah tekak yang dihadapi Wenger menyaksika­n penolongny­a, Steve Bould mengharung­i sidang media dan bekas pertahanan Arsenal dan Stoke itu lebih banyak mempertaha­nkan bosnya itu berbanding berbicara mengenai aspek perlawanan.

“Saya sangat kagum dengannya,” kata Bould terhadap Wenger. “Dia terpaksa berdepan dengan pelbagai komen buruk daripada ramai orang tetapi dia tetap antara seorang pengurus yang hebat.

“Satu kebanggaan untuk duduk di sebelahnya. Dia seorang yang luar biasa. Di belakang pintu, saya tidak pernah berjumpa dengan seseorang yang sentiasa lapar dan bertekad untuk memenangi perlawanan sepertinya. Ia adalah yang paling besar.

Ramai peminat Arsenal merasakan Wenger, yang dilantik selaku pengurus Arsenal pada September 1996 sudah terlalu lama berada di kelab itu ketika kemarau kejuaraan mereka berlarutan, tetapi Bould yakin masih banyak yang boleh diraikan sebelum musim ini menutup tirainya.

“Ada banyak lagi perlawanan yang kami boleh menang dan menjadikan musim ini lebih baik dan apa yang berlaku pada penghujung musim tetap akan berlaku,” katanya.

Gunners masih berpeluang beraksi di kancah elit Liga Juara-juara dengan mengulangi kejayaan Manchester United menjuarai Liga Europa musim ini.

Kunjungan kelab kedua tercorot liga, Stoke adalah yang ketiga buat Gunners dalam lima perlawanan berturut-turut di laman sendiri dengan perlawanan pertama peringkat 16 terbaik Liga Europa menentang CSKA Moscow dijadual Jumaat ini. AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia