Berita Harian

Ibrahimovi­c tak sabar nak rembat Los Angeles FC

-

Carson, Amerika Syarikat: Zlatan Ibrahimovi­c mendedahka­n dia berharap untuk menyertai Los Angeles Galaxy dua tahun lalu dalam usahanya menakluk Liga Major Bolasepak (MLS) bagi menamatkan babak kariernya yang penuh gemilang.

Bintang Sweden berusia 36 tahun itu memberitah­u wartawan dia merancang untuk berpindah ke California selepas kontraknya bersama Paris Saint-germain berakhir pada penghujung 2016, sebelum mengubah fikiran menyertai Manchester United.

“Perkara ini sepatutnya berlaku beberapa tahun lalu, tetapi ia tidak berlaku. Tetapi saya sudah berada di sini,” kata Ibrahimovi­c di gelanggang Galaxy, Stubhub Center.

“Jadi apa yang ditakdirka­n akan tetap akan berlaku, persoalann­ya hanyalah bila. Akhirnya saya berada di sini dan saya cukup teruja, tidak sabar untuk bermain.”

Tak sabar beraksi

Penyerang veteran itu yang kali terakhir beraksi untuk United ketika menentang Burnley pada Disember berkata, dia cergas dan boleh bermain untuk Galaxy bagi aksi tetangga paling dinantikan menentang Los Angeles FC.

Bekas penyerang Chelsea itu menegaskan dia tidak sabar untuk turun ke padang apabila jarang diberikan peluang bermain sejak 12 bulan lalu susulan proses pemulihan daripada kecederaan lutut yang serius.

“Saya hanya mahu berada di atas padang,” kata Ibrahimovi­c. “Saya tahu ia cuti yang amat panjang bagi saya. Ia penantian yang cukup lama disebabkan oleh kecederaan.

“Kini saya mahu berada di sana, menghidu bau rumput, memegang bola. Hari ini apabila kami menamatkan latihan, saya mahu meneruskan­nya. Saya bercakap dengan jurulatih, ‘Bolehkah saya lakukan beberapa rembatan dan dia kata baiklah, jadi saya teruskan latihan.” AFP

 ?? [ FOTO JAYNE KAMIN ] ?? Ibrahimovi­c memegang jersi Los Angeles Galaxy yang tertera namanya.
[ FOTO JAYNE KAMIN ] Ibrahimovi­c memegang jersi Los Angeles Galaxy yang tertera namanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia