Berita Harian

Salah ledak gol ke-29

Penyerang Mesir bantu Liverpool benam Crystal Palace

-

Mohamed Salah menyelamat­kan maruah Liverpool dan pengendali­nya Juergen Klopp apabila menjaringk­an gol kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace di laman lawan pada aksi Liga Perdana Inggeris, malam tadi.

Ia gol ke-29 penyerang dari Mesir itu dalam Liga Perdana musim ini sekali gus meninggalk­an pencabar terdekatny­a dalam senarai penjaring terbanyak Harry Kane dari Tottenham kepada lima gol.

Liverpool bangkit

Selepas ketinggala­n 0-1 pada babak pertama menerusi jaringan penalti Luka Milivojevi­c, Liverpool bangkit memastikan tiga mata sekali gus mengatasi pasukan tangga kedua Manchester United buat sementara waktu apabila Sadio Mane menyamakan kedudukan pada minit ke-49.

Palace meraih sepakan penalti seawal minit ke-13 apabila penjaga gol Reds, Loris Karius dipersalah­kan kerana mengasari Wilfried Zaha yang meluru ke dalam kotak penalti untuk menyambut hantaran jauh rakannya. Milivojevi­c tenang mengatasi Karius untuk meletakkan tuan rumah di depan di Selhurst Park namun Liverpool sepatutnya menyamakan kedudukan sebelum rehat apabila Mane berjaya merembat masuk namun gol itu dibatalkan kerana dia berada dalam kedudukan ofsaid.

Mane menebus kesilapann­ya apabila menyamakan kedudukan empat minit selepas rehat apabila dia menampan masuk hantaran lintang James Milner dari sebelah kiri.

Asakan demi asakan Liverpool akhirnya berbaloi apabila Salah muncul wira sekali lagi dengan gol kemenangan enam minit sebelum wisel penamat sesudah menerima hantaran pertahanan kiri Andrew Robertson.

 ??  ?? Salah (kanan) meraikan golnya bersama rakan sepasukan selepas membantu Liverpool menewaskan Crystal Palace, malam tadi.
Salah (kanan) meraikan golnya bersama rakan sepasukan selepas membantu Liverpool menewaskan Crystal Palace, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia