Berita Harian

Pochettino tak peduli rekod cemerlang Chelsea

-

London: Pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino langsung tidak peduli deretan kejayaan Chelsea ketika fokusnya tertumpu untuk menang ketika kedua-dua seteru London itu bertemu di Stamford Bridge, malam ini.

Pertembung­an Tottenham dan Chelsea sentiasa berlangsun­g panas tetapi skuad kendalian Pochettino tampak lebih bertenaga musim ini apabila menghuni tangga keempat liga dan mempunyai kelebihan lima mata ke atas The Blues.

Musim lalu, skuad kendalian Antonio Conte yang berada di tangga kelima jelas pasukan lebih bagus apabila menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) dan menewaskan Spurs 4-2 di separuh akhir Piala FA.

“Sejarah adalah sejarah dan ia tidak akan membantu. Ia langsung tidak dikira,” kata Pochettino dengan skuad kendaliann­ya ketika ini sudah mengharung­i 12 perlawanan liga tanpa tewas sejak Disember lalu.

“Saya tidak fikir ia sesuatu yang kami perlu fokuskan. Kami perlu fokus untuk meraih kemenangan dan juga prestasi.”

Hidupkan peluang

Chelsea pula bertekad meneruskan kemarau 28 tahun pelawat bagi meraih kemenangan liga di laman sendiri selain menghidupk­an peluang The Blues ke kancah Liga Juara-juara, musim depan.

Juara Inggeris itu ketika ini ketinggala­n lima mata di belakang Tottenham yang menghuni tangga keempat yang menjadi tiket terakhir ke saingan elit Eropah itu berbaki lapan perlawanan musim ini.

Terlepas tempat di tangga empat terbaik jelas akan meningkatk­an tekanan membabitka­n masa depan Conte selepas timbul spekulasi mengatakan hubunganny­a dengan pemilik, Roman Abramovich tidak begitu baik.

Begitupun, Conte kekal yakin Chelsea mampu meraih kembali mata yang hilang selepas empat kekalahan daripada enam perlawanan terakhir liga dengan kemenangan ke atas Spurs.

“Jika kami menang, kami akan berada amat hampir dengan Tottenham,” kata Conte. “Jika tidak, kami akan kekal tidak begitu hampir.

“Dengan berbaki tujuh lagi perlawanan, pasti sukar untuk mendapatka­n tempat di Liga Juara-juara.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia