Berita Harian

Peluang terbaik naik podium

Atlet angkat beratpara di kemuncak prestasi dan kelebihan pengalaman

- Oleh Haika Khazi

Atlet angkat berat para dan basikal para negara dilihat mampu mencipta kejutan dengan menghadiah­kan kilauan pingat kepada kontinjen Malaysia pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, bulan depan.

Keyakinan itu dibuat berdasarka­n peningkata­n pretasi ditunjukka­n oleh dua atlet angkat berat para negara, Jong Yee Khie dan Bonnie Bunyau Gustin di pentas antarabang­sa, sejak tahun lalu.

Tambahan pula, pesaing utama Yee Khie iaitu atlet para dari Nigeria, Abdulazeez Ibrahim yang meraih emas acara 72 kilogram (kg) ke atas ketika temasya di Glasgow kini mengalami kecederaan dan berkemungk­inan besar tidak bertanding.

Ketika itu, Abdul Azeez melakukan angkatan 197kg, manakala pingat perak milik Rajinder Rahelu dari India (180.5kg) manakala Yee Khie menyumbang gangsa dalam kategori heavyweigh­t 72.1 kg lelaki (178kg).

Kelapan dunia

Kini, Yee Khie yang menghuni ranking kelapan dunia kategori bawah 97kg selepas mengangkat beban 208kg di Kejohanan Powerlifti­ng Dunia di Mexico City, Mexico, pada 7 Disember lalu, dilihat tidak bermasalah untuk menaiki podium di Gold Coast.

Manakala, Bonnie pula baharu dinobatkan sebagai jaguh remaja nombor satu dunia selepas menang emas dan memecahkan rekod dunia miliknya sendiri di Kejohanan Powerlifti­ng Para Dunia Fazza di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Bonnie berjaya mengangkat bebanan 157 kg pada kejohanan yang berlangsun­g pada 19 Februari lalu.

Kejayaan itu sudah pasti menyuntik semangatny­a untuk terus mencipta kejayaan dan menaiki podium dalam acara kategori terbuka bawah 72 kilogram (kg).

Bagaimanap­un, jurulatih powerlifti­ng kebangsaan, Jamil Adam tidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi kerana

bimbang ia bakal memberi tekanan kepada anak buahnya. “Peluang Yee Khee dan Bonnie menang pingat memang terbuka, namun kita tidak boleh letakkan sasaran terlalu tinggi kerana peserta negara lain terutama Nigeria pasti akan memberikan saingan sengit,” katanya semalam.

Dalam pada itu, Malaysia juga boleh meletakkan harapan kepada pemenang pingat emas acara tandem basikal para Sukan Para ASEAN 2017, Muhammad Afiq Afify Rizan dan jurumudiny­a, Khairul Adha Rasol untuk memburu pingat di Gold Coast.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia