Berita Harian

Cuaca cabaran besar Jun Hoong

- Oleh Jumiati Rosly

Kuala Lumpur: Meskipun bergelar juara dunia, penerjun negara, Cheong Jun Hoong mengakui cabaran sukar bakal menantinya pada Sukan Komanwel di Gold Coast yang akan berlangsun­g pada 4 hingga 5 April ini.

China tidak bertanding pada Sukan Komanwel, namun penerjun berusia 27 tahun yang baru dinobatkan Olahragawa­ti Kebangsaan 2017 itu bakal berdepan saingan sengit penerjun tuan rumah, Australia dan juga Kanada.

“Masih banyak cabaran dan halangan saya perlu tempuhi dan bukanlah semudah anda sangkakan,” katanya yang bakal beraksi dalam acara 10m platform individu dan juga 10m platform seirama berganding­an dengan Pandelela Rinong Pamg.

Berdasarka­n rekod gandingann­ya bersama Pandelela, gandingan dua ratu terjun ini mampu menghadiah­kan pingat emas buat negara di Sukan Komanwel selepas memenangi satu pingat perak dan satu gangsa dalam acara 10m platform seirama di dua kejohanan Siri Dunia Terjun FINA di Fuji dan Beijing pada bulan ini.

Ada ruang untuk dibaiki

“Dua kejohanan sebelum ini (Siri Terjun Dunia), saya anggap keputusan okay tetapi masih ada ruang untuk dibaiki. Daripada segi keputusan, saya akan melakukan satu demi satu di Sukan Komanwel dan tidak meletakkan tekanan kepada diri sendiri.

“Saya pasti akan melakukan yang terbaik dalam setiap acara yang saya sertai,” katanya.

Berkongsi kebimbanga­nnya pada temasya kali ini, Jun Hoong mengakui dia takut terhadap cuaca yang sejuk.

“Pada Sukan Komanwel kali ini saya rasa cabaran besar buat saya adalah cuaca di sana nanti. Saya memang takut terhadap kesejukan dan ia memang menjadi kelemahan saya,” katanya yang berasal dari Ipoh, Perak.

Acara terjun akan berlangsun­g di Pusat Akuatik Optus yang mana ia adalah pusat akuatik terbuka dan dijangka angin kuat menjadi cabaran buat penerjun kerana lokasi venue yang terletak di persisiran pantai.

Untuk rekod, Jun Hoong tidak pernah memenangi sebarang pingat sepanjang tiga penyertaan­nya pada Sukan Komanwel iaitu pada 2006 di Melbourne, 2010 di Delhi dan 2014 di Glasgow.

 ??  ?? Jong Yee Khie
Jong Yee Khie
 ??  ?? Cheong Jun Hoong
Cheong Jun Hoong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia