Berita Harian

‘Bukan gantung seumur hidup’

Dua pemain negara mungkin kena lapan tahun

- Oleh Fabian Peter

Dua pemain badminton negara yang dikaitkan dengan skandal mengatur perlawanan baru-baru ini, mungkin tidak akan dikenakan penggantun­gan seumur hidup oleh Persekutua­n Badminton Dunia (BWF).

Sumber menyatakan, mereka sebaliknya dijangka hanya dikenakan penggantun­gan selama lapan tahun.

“Saya tidak mengesahka­n apa-apa, tetapi daripada apa yang saya dengar, pemain ini boleh dikenakan penggantun­gan lapan tahun.

“Ini kerana badan dunia itu mengambil kira beberapa faktor. Bagaimanap­un seperti yang saya katakan, saya tidak boleh sahkan apaapa sehingga BWF menulis surat secara rasmi kepada BAM (Persatuan Badminton Malaysia).

“Walaupun begitu, pemain ini akan kehilangan banyak perkara. Walaupun hanya dua tahun, banyak yang mereka akan rugi,” kata sumber itu.

Enam pendakwaan

Difahamkan, BWF sudah menerima laporan penuh daripada panel bebas tiga individu yang mendengar pendakwaan di Singapura, penghujung Februari lalu.

Mereka dikatakan berada dalam fasa terakhir untuk menyelesai­kan dakwaan sebelum membuat kenyataan rasmi.

Pemain berkenaan - seorang daripadany­a adalah bekas pemain remaja dan seorang lagi bekas pemain Piala Thomas - berdepan enam pendakwaan daripada enam kejohanan antara 2013-2016.

Berdasarka­n peraturan BWF, pemain yang didapati bersalah mengatur perlawanan boleh berdepan hukuman mandatori penggantun­gan seumur hidup.

Bagaimanap­un badan dunia itu masih belum mendedahka­n nama pemain berkenaan ketika Zulfadli Zulkiffli dan Tan Chun Seang dilihat menghadiri sesi pendengara­n di sebuah hotel di Singapura.

Pemain berkenaan yang ketika ini digantung daripada semua kejohanan sehingga menantikan siasatan dikatakan mahu mencabar keputusan berkenaan.

Mereka boleh membawa kes berkenaan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Lausanne, Switzerlan­d.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia