Berita Harian

Terengganu dapat kompleks sukan ketiga

- Oleh Malik Muhamad

Kuala Terengganu: Terengganu bakal menerima sebuah lagi kompleks sukan baharu bernilai RM9 juta yang akan dibina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, Setiu.

Berita gembira itu diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di majlis pelancaran Fit Malaysia peringkat negeri yang disempurna­kan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, semalam.

“Saya datang ke Terengganu ini juga ada bawa ‘buah tangan’ iaitu nak umumkan sebuah lagi kompleks sukan yang akan dibina di DUN Jabi, Parlimen Setiu.

Kuasa sukan

“Pengumuman ini bersesuaia­n dengan negeri Terengganu sebagai kuasa sukan di Malaysia dan pembanguna­n sukan terancang sehingga melahirkan atlet bertaraf dunia seperti Azizulhasn­i Awang, Fatehah Mustapa, Anuar Manan dan Mohd Hariff Saleh,” katanya.

Kompleks itu adalah kemudahan sukan yang ketiga untuk rakyat Terengganu selepas Telemong, Hulu Terengganu dan Velodrom Azizulhasn­i Awang di Dungun yang diumumkan, barubaru ini.

“Saya berharap dengan sumbangan ini dan kerjasama kerajaan negeri, Terengganu akan terus muncul sebagai antara negeri terhebat dalam arena sukan di Malaysia.

“Jadi, kita akan keluarkan tender dalam masa yang terdekat untuk pembinaan kompleks sukan di Jabi itu dan perinciann­ya akan diputuskan selepas kajian dilakukan beberapa aspek berkaitan seperti keluasan tanah,” katanya.

 ??  ?? Azizulhasn­i Awang
Azizulhasn­i Awang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia