Berita Harian

Calon presiden mesti jujur: Norza

- Oleh Saiful Affendy Sapran

Kuala Lumpur: Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria bersedia menerima cabaran merebut jawatan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu yang diputuskan Mei depan.

Beliau yang kini memegang jawatan Timbalan Presiden MOM bagaimanap­un menegaskan, seseorang yang berhasrat untuk bertanding jawatan di MOM perlu mempunyai semangat jujur untuk berkhidmat bersama badan induk itu.

“Sebagaiman­a yang dinyatakan oleh (Presiden MOM) Tunku Imran Tuanku Ja'afar, mereka yang hendak bertanding, tidak kira sama ada presiden, timbalan presiden atau jawatan lain, perlu mempunyai semangat tinggi berkhidmat kepada MOM.

“Sebab mereka yang akan dipilih nanti adalah yang sanggup secara sukarela memberi segala bentuk pengorbana­n untuk menentukan sukan di negara ini berada di tahap lebih tinggi pada masa depan.

“Bagi saya, perkara ini lebih penting daripada untuk mengejar jawatan semata-mata," katanya selepas berakhir Mesyuarat Majlis Eksekutif ke-185 badan induk itu, semalam.

Tandingi jawatan tertinggi

Norza berkata, sebelum ini beliau secara tidak rasmi sudah memaklumka­n kepada persatuan sukan kebangsaan mengenai pendiriann­ya untuk bertanding jawatan tertinggi itu selepas Tunku Imran tidak mempertaha­nkannya.

Dalam perkembang­an berkaitan, MOM menetapkan dua tarikh bagi mengadakan AGM iaitu pada 5 Mei ini, namun jika ia bertembung dengan Pilihanray­a Umum ke-14 (PRU-14), tarikh kedua yang ditetapkan adalah seminggu selepas itu, pada 12 Mei.

Tunku Imran yang mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Eksekutif terakhirny­a selepas membuat pendirian untuk tidak mempertaha­nkan jawatannya itu berkata, kedua-dua tarikh itu dipersetuj­ui sebulat suara pada mesyuarat semalam.

 ?? [FOTO OWEE AH CHUN/BH] ?? Tunku Imran, Norza dan Setiausaha Agong MOM, Datuk Low Beng Choo (kanan) ketika sidang media selepas Mesyuarat Majlis Eksekutif ke-185 MOM, semalam.
[FOTO OWEE AH CHUN/BH] Tunku Imran, Norza dan Setiausaha Agong MOM, Datuk Low Beng Choo (kanan) ketika sidang media selepas Mesyuarat Majlis Eksekutif ke-185 MOM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia