Berita Harian

Bhutan tak gentar Harimau Malaya

-

Kelana Jaya: Biarpun dianggap bakal menjadi mangsa belasahan skuad Harimau Malaya pada aksi persahabat­an, pasukan Bhutan tetap sedia melakar kejutan besar.

Jurulatihn­ya, Trevor James Morgan menyifatka­n perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menjadi medan terbaik untuk dia menguji kemampuan sebenar anak buahnya yang keseluruha­n dibarisi pemain separuh profesiona­l.

Sambil menyifatka­n skuad Harimau Malaya memiliki banyak kelebihan, beliau enggan skuad bimbingann­ya yang lebih dikenali sebagai Dragon Boys menyerah kalah sebelum tamat 90 minit aksi sebenar.

Tingkat prestasi

“Kami mahu fokus untuk meningkatk­an prestasi semasa semua pemain kerana ini adalah peluang terbaik berbuat demikian. Untuk menjadi yang terbaik, kami perlu menentang pasukan yang lebih baik seperti Malaysia.

“Malaysia mempunyai kombinasi pemain muda dan senior yang baik dan sudah pasti akan memberi kesukaran kepada kami.

“Namun, pemain saya sudah bekerja keras sepanjang latihan dan kami akan cuba memberi tentangan sengit pada perlawanan esok,” katanya pada sidang media di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), di sini.

Bhutan yang berada di kedudukan ke-188 dalam ranking Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) - 10 anak tangga di belakang Malaysia, dibarisi majoriti pemain muda dan separuh profesiona­l.

Malah, mereka juga dijangka bakal menjadi lawan mudah buat Malaysia yang dibarisi keseluruha­n pemain profesiona­l.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia