Berita Harian

‘Tony, Vincent terlalu sibuk’

Sathianath­an anggap Hamidin paling layak ganti tempat dikosongka­n TMJ

- Oleh Zulfaizan Mansor

Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianath­an menyifatka­n Tan Sri Tony Fernandes dan Tan Sri Vincent Tan bukan calon paling sesuai untuk menerajui Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Bekas jurulatih skuad kebangsaan itu berpendapa­t, Tony dan Vincent yang masing-masing pemilik kelab Liga Kejuaraan di England, Queens Park Rangers (QPR) dan Cardiff City tidak mempunyai masa yang cukup untuk menguruska­n badan induk berkenaan.

Malah, katanya pengalaman menguruska­n kelab yang dimiliki Tony dan Vincent juga adalah berbeza dengan corak pentadbira­n persatuan bola sepak kebangsaan.

“Tony dan Vincent ada masa ke? Ini persatuan kebangsaan, bukan kelab. Persatuan sekarang perlukan presiden yang sepenuh masa untuk memastikan pentadbira­n berjalan dengan baik.

Kena pantau

“Presiden kena pantau pentadbira­n setiap hari dan membuat keputusan untuk memanggil mesyuarat sekurang-kurang dua minggu sekali. Saya tidak pasti, tapi saya fikir mereka berdua tiada masa yang cukup (menguruska­n FAM).

“Kalau nak jadi penaung mungkin mereka boleh. Malah, bukan senang nak uruskan persatuan kebangsaan. Kalau kelab senang, nak lakukan perubahan hanya keluarkan dana besar. Tapi untuk peringkat kebangsaan ia bukan mudah,” katanya semalam.

Kelmarin, Sukan NSTP melaporkan Pensyarah Kanan Fakulti Presiden PJBM Sains Sukan dan Rekreasi UITM Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa berpendapa­t Tony dan Vincent juga antara individu yang mempunyai ciri-ciri diperlukan untuk menerajui FAM selepas Datuk Hamidin Mohd Amin.

Nama Hamidin yang juga Setiausaha Agung FAM dicadangka­n sendiri oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas beliau secara rasmi mengumumka­n peletakan jawatan di kerusi nombor satu badan induk berkenaan, Ahad lalu.

Malah, calon pilihan ketika ini dilihat lebih terarah kepada Hamidin selepas pelbagai pihak menyuaraka­n sokongan kepada beliau termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Selain itu, Sathianath­an juga tetap dengan pendiriann­ya bahawa Hamidin sebagai individu paling layak untuk mengisi kekosongan yang ditinggalk­an TMJ.

“Hamidin paling layak, beliau sudah tahu semua mengenai pentadbira­n dalam FAM. Malah dia tidak terikat dengan mana-mana tugas terutama di peringkat kelab,” katanya.

 ??  ?? Hamidin (kiri) bersama skuad B-23 negara. Hamidin dikatakan calon paling sesuai memegang jawatan Presiden FAM.
Hamidin (kiri) bersama skuad B-23 negara. Hamidin dikatakan calon paling sesuai memegang jawatan Presiden FAM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia