Berita Harian

Kantung PFA semakin meruncing

- Oleh Dziyaul Afnan Abdul

Kangar: Status kewangan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) dilihat begitu kritikal dan kian meruncing apabila dilaporkan hanya mampu bertahan sehingga April ini.

Malah menurut sumber, sudah ada ahli jawatankua­sa badan itu yang ‘angkat kaki’ meninggalk­an badan induk persatuan bola sepak negeri itu sejak Februari lalu.

Presiden PFA, Ir Shahruddin Ismail sendiri mengakui sumber kewangan persatuan itu begitu terhad dan pihaknya menguruska­n PFA dalam keadaan berhati-hati.

“Dalam keadaan sekarang, kami mampu bertahan sehingga April ini sahaja dan masih berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam menguruska­n pasukan.

Syarikat kecil

“Seperti semua sedia maklum, penajaan PFA datangnya dari badan atau syarikat kecil dalam negeri ini yang begitu sayangkan bola sepak Perlis.

“Kami tidak nafikan isu bayaran gaji pemain masih tertunggak dan masih menunggu jawapan beberapa pihak mengenai status permohonan PFA berhubung penajaan pasukan,” katanya.

Selain itu, Shaharuddi­n turut berteka-teki mengenai status PFA dalam liga Malaysia selepas April ini sekiranya masalah pembayaran gaji pemain pasukan itu masih tidak dapat diselesaik­an.

“Kita masih menunggu sehingga April ini dan berharap pihak berkenaan dapat memberikan maklum balas mengenai status penajaan pasukan PFA. Jika masih tidak dapat diselesaik­an, mungkin PFA hanya boleh bermain dengan pasukan serba serbi kekurangan, baik pemainnya dan kemudahan infrastruk­tur,” katanya.

Sebelum ini, PFA berhadapan masalah isu pembayaran gaji pemain tertunggak hampir dua bulan. Malah, beberapa pemain dilaporkan sudah tidak hadir menjalani latihan selain ada yang pulang ke negeri asal masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia