Berita Harian

Mesyuarat kedua capai hasil positif

Semakan Perlembaga­an berkaitan 40 peratus Geran Khas Sabah diterus

- Oleh Avila Geraldine

Mesyuarat Jawatankua­sa Pe ngenai penurunan kuasa Sabah dan Sarawak mencapai kata sepakat untuk meneruskan semakan Perlembaga­an berkaitan 40 peratus Geran Khas Sabah.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, menyifatka­n ia adalah hasil positif dicapai dalam mesyuarat itu yang membincang­kan pelbagai isu, termasuk meneliti semula hak Sabah dan Sarawak di bawah Perlembaga­an Persekutua­n dan Perjanjian Malaysia 1963.

“Peguam negara mengesahka­n dan bersetuju bahawa kajian terhadap Perlembaga­an 40 peratus (dua per lima) Geran Khas Sabah me

Artikel 112D Perlembaga­an Persekutua­n mesti diteruskan.

“Ini adalah langkah besar ke hadapan sejak kajian semula yang dijalankan pada 1974 tidak berhasil,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n di sini, semalam.

Anifah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri, mempengeru­sikan mesyuarat siri kedua itu bersama Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan wakil dari Sabah, Sarawak serta Kerajaan Persekutua­n, Khamis lalu.

Anifah menegaskan, mengikut Artikel 112D, ia adalah mandatori untuk mengkaji semula 40 peratus (dua per lima) Geran Khas Sabah setiap lima tahun.

Rakyat Sabah kena bersyukur

“Kajian Perlembaga­an adalah pro es pentadbira­n dan belanjawan, bu an politik. Apa yang akan ber aku ketika ini adalah pegawai dari Ke

Kewangan Persekutu n dan Sabah untuk duduk dan mem bincangkan perkara sepatutnya.

“Dalam hal ini, saya difahamkan Kabinet Sabah sudah menimbang

dan meluluskan jumlah yang mewakili dua per lima daripada hasil Persekutua­n yang diperoleh dari Sabah,” katanya.

Anifah berkata, apa yang penting ketika ini ialah ruang untuk kedua-dua pihak membincang­kan nilai akhir, bergantung kepada kedudukan kewangan Persekutua­n dan juga keperluan negeri Sabah.

Beliau turut menyatakan bahawa tiada Perdana Menteri sebelum ini, selain Datuk Seri Najib Razak yang mahu mempertimb­angkan untuk mengkaji semula Geran Khas dua per lima Sabah.

“Malah, saya tahu ada Perdana Menteri sebelum ini yang menggunaka­n Akta Keselamata­n Dalam Negeri (ISA) untuk memenjarak­an orang Sabah yang memperjuan­gkan perkara itu untuk hak Sabah.

“Oleh itu, rakyat Sabah mesti bersyukur dengan keikhlasan Datuk Seri Najib yang memberi ruang untuk hak Sabah dikembalik­an,” katanya.

Segera draf perintah digubal

Sementara itu, Anifah turut menjelaska­n delegasi kuasa kepada Sabah mengenai pengeluara­n gas, elektrik dan pengedaran gas juga termasuk dalam agenda perbincang­an.

“Daripada apa yang saya diberitahu, Sabah sebelum Negeri-negeri Borneo (Pembatalan) 1983, mempunyai kuasa dan kawalan ke atas pengeluara­n elektrik dan pengelua- ran gas, kerja, pengedaran dan yang berkaitan.

“Bagaimanap­un, pada 1983, kuasa ini dipulangka­n semula kepada Kerajaan Persekutua­n dan delegasi kuasa ditarik semula.

“Ketika ini, Kerajaan Persekutua­n dan Sabah bersetuju dengan delegasi kuasa perundanga­n ke negeri ini dan langkah seterusnya yang perlu diambil adalah mengesahka­n dan mengamalka­n Perintah Perlembaga­an yang baharu,” katanya.

Anifah menegaskan draf perintah itu harus segera digubal bagi mempertimb­angkan kandungann­ya yang mana harus dipersetuj­ui Peguam Negara.

“Kedua-dua hasil perbincang­an ini iaitu Kajian Pemberian Geran Khas sebanyak 40 peratus dan pengembali­an pengeluara­n serta pengagihan tenaga elektrik dan pengedaran amat positif bagi Sabah, terutama untuk meningkatk­an pembanguna­n dan kesejahter­aan rakyat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia