Berita Harian

BN pilihan utama rakyat di Kimanis

-

Bongawan: UMNO dan Barisan Nasional (BN) kekal menjadi parti pilihan utama rakyat di Parlimen Kimanis pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU-14).

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, ketika meluahkan keyakinan itu berkata ia berdasarka­n sokongan tidak berbelah bahagi rakyat kawasan ini terhadap BN sejak beberapa penggal lalu.

“Sokongan rakyat di kawasan ini sejak dari dulu tidak berubah, tambah mungkin ada.. dan saya yakin Parlimen Kimanis bersama Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan dan Membakut) kekal kubu kuat BN.

“Kita mengucapka­n terima kasih kepada semua rakyat di kawasan ini kerana terus menyokong BN,” katanya selepas merasmikan Program Sayang Kimanis Mobile CTC dan Program Kerjaya Seranta dan Diplomasi Awam, yang dihadiri kira-kira 5,000 orang, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pembantu Menteri Di Jabatan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, Datuk Mohd Ariffin Arif dan ADUN Bongawan, Datuk Mohamad Alamin.

Serah kepada pucuk pimpinan

Ketika ditanya sama ada beliau tercalon semula bagi kerusi Parlimen Kimanis yang disandangn­ya, Anifah yang juga Ketua UMNO Kimanis berkata, beliau tidak pasti mengenai perkara itu kerana ia ditentukan pucuk pimpinan parti.

“Saya tidak tahu dan tidak pasti ( jika dicalonkan semula) sebab bukan saya yang menentukan­nya. Sekiranya dicalonkan, saya kena fikir sedalamdal­amnya demi kepentinga­n rakyat di Kimanis, termasuk DUN Bongawan dan Membakut,” katanya.

Terdahulu, Anifah dalam ucapannya berkata, beliau komited untuk membela nasib rakyat di kawasan ini walaupun sentiasa sibuk dengan tugasan di luar negara.

Beliau turut menghargai sokongan Ariffin dan Mohamad yang sentiasa turun padang dan melaporkan kepada beliau mengenai sebarang masalah rakyat yang perlu ditangani.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia