Berita Harian

Pusat Warisan Bung Bratak bakal jadi destinasi pelanconga­n dunia

-

Bau: Pusat Warisan Bung Bratak, di sini berpotensi muncul sebagai tarikan pelanconga­n terkemuka di Sarawak, dengan kerja menaik taraf kemudahan di lokasi terbabit sudah mencapai tahap 90 peratus.

Ia yang dijadual dilancarka­n hari ini (semalam) oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Anthony Nogeh, tidak hanya berperanan sebagai destinasi pelanconga­n, bahkan juga pusat pemulihara­an warisan kesenian dan kebudayaan etnik Bidayuh.

Pengerusi Persatuan Warisan Bung Bratak, Datuk Peter Minos, berkata projek menaik taraf pusat sejarah purba Bidayuh itu dibiayai sepenuhnya oleh Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan, membabitka­n peruntukan RM8 juta dan dikendalik­an Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak melalui kontraktor dilantik.

“Ia memiliki dua rumah panjang, dengan satu daripadany­a bagi tujuan penginapan inap desa yang mampu menampung sehingga 100 pengunjung.

“Manakala, sebuah lagi dijadikan tempat penganjura­n acara seperti seminar atau persidanga­n legkap dengan pejabat dan muzium mini mengenai budaya dan seni Dayak.

“Pusat Warisan Bung Bratak juga memiliki sebuah dewan besar dikenali sebagai ‘baruk’, selain dewan makan beserta kemudahan dapur dan dewan resepsi. Diharapkan, pusat ini yang pernah menjadi penempatan nenek moyang kita dulu akan menjadi destinasi pelanconga­n terkemuka pada peringkat antarabang­sa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau perkembang­an kerja menaik taraf Pusat Warisan Bung Bratak, di sini kelmarin.

Menurut Peter, kawasan sekitar Bung Bratak mempunyai hutan dara dan primer, selain air terjun dan menawarkan pemandanga­n gunung yang indah, termasuk pelbagai spesies flora dan fauna yang boleh membantu sektor ekopelanco­ngan negeri.

 ?? [FOTO MOHD LATIF AHMAD/BH] ?? Kerja naik taraf kemudahan di Pusat Warisan Bung Bratak, Bau sudah mencapai tahap 90 peratus.
[FOTO MOHD LATIF AHMAD/BH] Kerja naik taraf kemudahan di Pusat Warisan Bung Bratak, Bau sudah mencapai tahap 90 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia