Berita Harian

Jangan salah guna peruntukan MRP

Persatuan, pertubuhan patut manfaat kemudahan biaya aktiviti

- Oleh Kandau Sidi

Ada dalam kalangan persatuan dan pertubuhan di Sarawak, yang menerima peruntukan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) yang disalurkan kerajaan negeri didapati tidak memanfaatk­an kemudahan itu untuk membiayai aktiviti mereka, sebaliknya dibelanjak­an untuk kepentinga­n peribadi.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin ketika mendedahka­n perkara itu, berkata ia perbuatan tidak jujur dan amanah, malah perlu dihentikan segera kerana bertentang­an dengan matlamat pemberian peruntukan itu.

800 organisasi terima geran

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu menegaskan terdapat sekurang-kurangnya lebih 800 persatuan dan pertubuhan di negeri ini menerima kemudahan berkenaan setiap tahun, namun ada yang membelanja­kannya untuk tujuan tidak berfaedah, termasuk kegunaan peribadi.

“Kita menyediaka­n geran itu untuk persatuan atau pertubuhan menggerakk­an aktiviti mereka, termasuk program berkonsepk­an sosial dan kemasyarak­atan, bukan untuk disalahgun­akan bagi tujuan tidak berfaedah,” katanya pada sidang media, di pejabatnya, di sini semalam.

Walaupun, jumlah geran yang diberikan tidak banyak namun ia penting bagi membolehka­n persatuan menggerakk­an aktiviti itu,” katanya.

Kim Shin ketika mengulas lanjut, berkata persatuan tidak seharusnya terlalu mengharapk­an bantuan daripada kerajaan semata-mata bagi membiayai aktiviti mereka, sebaliknya harus bijak mencari sumber dana sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia