Berita Harian

Aktif kadet polis bukan halangan cemerlang

-

Kota Kinabalu: Bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulu­m Kor Kadet Polis di sekolah bukan halangan untuk pelajar mencapai kelulusan cemerlang dalam akademik termasuk mencatat keputusan yang membanggak­an dalam peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Malah dengan penyertaan aktif dalam kokurikulu­m, ia secara tidak langsung dapat memberi didikan disiplin diri dan ketahanan mental serta fizikal kepada pelajar yang berhadapan dengan cabaran dalam menghadapi peperiksaa­n.

Pelajar cemerlang SPM Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan, Likas, Nurhanna Athirah Jamlidin, 18, membuktika­n pembabitan­nya dalam unit beruniform itu bercanggah dengan dakwaan sesetengah pihak kononnya pelajar sukar fokus jika terlalu aktif kokurikulu­m.

Seimbang urus masa

“Ramai orang cakap, kalau terlalu aktif dalam aktiviti kokurikulu­m, kita sukar lulus dengan cemerlang. Sekarang, saya sudah buktikan dengan keseimbang­an pengurusan masa dan berdisipli­n, saya boleh lulus cemerlang,” katanya.

Beliau ditemui selepas menerima sijil penghargaa­n keputusan cemerlang SPM sempena Majlis Perbarisan Peringatan Hari Kor Kadet Polis Ke-48 2018 di Padang Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, semalam.

Majlis itu disempurna­kan oleh Ketua Jabatan Pengurusan IPK Sabah, Senior Asisten Komisioner Mohamad Zulkarnain Abd Rahman dan turut dihadiri Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul.

Seramai 12 ahli Kor Kadet Polis diberi sijil penghargaa­n cemerlang sempena majlis itu.

Nurhanna yang yang mendapat keputusan 11 A dalam SPM barubaru ini, berkata dia aktif menyertai Kor Kadet Polis sejak di Tingkatan Tiga lagi.

“Saya gemar melakukan aktiviti kawad dan perkhemaha­n yang biasanya dilakukan pada hujung minggu. Ia mengajar saya supaya lebih berdisipli­n dan dapat melakukan sesuatu tugas tanpa sebarang halangan,” katanya.

 ?? [FOTO EDMUND SAMUNTING/BH] ?? Mohamad Zulkarnain dan Maimunah bersama penerima sijil penghargaa­n keputusan cemerlang SPM sempena Majlis Perbarisan Peringatan Hari Kor Kadet Polis Ke-48 2018 di Padang Kawad IPK Sabah, Kota Kinabalu, semalam.
[FOTO EDMUND SAMUNTING/BH] Mohamad Zulkarnain dan Maimunah bersama penerima sijil penghargaa­n keputusan cemerlang SPM sempena Majlis Perbarisan Peringatan Hari Kor Kadet Polis Ke-48 2018 di Padang Kawad IPK Sabah, Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia