Berita Harian

Wanita warga asing ditahan kes buang bayi

Tangkapan selepas dua jam mangsa ditemui dalam tong sampah

- Oleh Mohd Rizal Abdullah

Seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan bayi lelaki yang dibungkus plastik sebelum dibuang dalam tong sampah di sebuah pusat-belah terkenal di bandar raya ini, malam semalam.

Wanita warga asing berkenaan, yang berusia 28 tahun, ditahan di Jalan Mimosa, di sini kira-kira jam 11.45 malam, dua jam selepas bayi berkenaan ditemui oleh orang ramai.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah, berkata wanita terbabit kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

“Bertindak atas laporan diperoleh, polis menjalanka­n sia- satan berhubung kes penemuan bayi itu sebelum berjaya mengesan seorang wanita, dipercayai individu yang membuang bayi berkenaan.

“Bagaimanap­un, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengabaika­n tanggungja­wab dan membuang anak,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Dibungkus, dibuang dalam tong sampah

Dalam kejadian pada jam 9.45 malam semalam, seorang bayi lelaki dan sempurna sifat ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila dibungkus plastik sebelum dibuang dalam tong sampah berhampira­n Imperial Mall, di sini.

Difahamkan, bayi berkenaan ditemui pengunjung pusat belibelah itu selepas terdengar tangisanny­a dari dalam tong sampah berkenaan.

Bayi berkenaan ditemui dalam keadaan kesejukan sebelum beberapa pengunjung membalutny­a dengan sapu tangan sementara menunggu kehadiran ambulans paramedik dari Hospital Miri.

 ?? [ FOTO IHSAN PEMBACA ] ?? Bayi lelaki yang dibungkus plastik sebelum dibuang dalam tong sampah di sebuah pusat-belah di Miri, malam semalam.
[ FOTO IHSAN PEMBACA ] Bayi lelaki yang dibungkus plastik sebelum dibuang dalam tong sampah di sebuah pusat-belah di Miri, malam semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia