Berita Harian

Cubaan seludup masuk negara gagal

-

Tawau: Cubaan 10 warga Indonesia cuba memasuki negeri ini secara tidak sah melalui perairan Sungai Haji Kuning, di sini, gagal selepas semua ditahan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam satu operasi di perairan berkenaan, malam semalam.

Semua suspek dipercayai menggunaka­n laluan laut tidak sah untuk memasuki daerah ini sebelum bot dinaiki mereka dikesan dan ditahan untuk pemeriksaa­n dan didapati tidak memiliki dokumen perjalanan selain ada yang memiliki dokumen meragukan.

Pengarah Maritim Daerah, Kapten Maritim Romli Mustafa, berkata, pendatang tanpa izin warga Indonesia itu terdiri daripada empat wanita dan enam lelaki berusia antara 15 tahun hingga 50 tahun ditahan pada jam 7.15 malam.

“Ketika membuat rondaan, sepasukan lima anggota daripada Unit Bot Maritim yang menjalanka­n tugas Op Pluto Timur 2/13 (Op Gasak Laut 2) terserempa­k dengan sebuah bot laju dalam keadaan mencuri- gakan datang dari arah muara Sungai Haji Kuning menuju ke Tawau.

“Ketika pemeriksaa­n dilakukan, enam penumpang termasuk juragan didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah manakala empat lagi penumpang mengemukak­an dokumen perjalanan yang meragukan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Tingkat rondaan

Romli berkata, semua suspek dibawa ke Jeti Maritim Tawau sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963.

Dalam pada itu, beliau menegaskan pihaknya akan terus meningkatk­an rondaan dan pemantauan bagi menangani aktiviti perlanggar­an undangunda­ng di kawasan perairan negara ini khususnya di Tawau.

“Orang ramai disaran menjadi mata dan telinga bagi membantu Maritim Malaysia dalam membantera­s setiap kegiatan yang menyalahi undangunda­ng negara ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia