Berita Harian

PM lancar Program Jimat Belanja Dapur (JBD), barangan murah 5 hingga 20 peratus

Ahli UMNO diminta ketepi soal pemilihan parti

- Oleh Abdul Razak Raaff, Hidir Riduan dan Amin Ridzuan Ishak

Datuk Seri Najib Razak mengingatk­an pemimpin dan ahli UMNO supaya menumpukan sepenuhnya kepada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan ketepikan sementara soal pemilihan dalam parti.

Presiden UMNO itu menegaskan bahawa PRU-14 penting dan perlu diberi tumpuan sepenuhnya terutama pemimpin pada peringkat akar umbi kerana ia menentukan soal berkaitan kuasa pemerintah­an.

“Untuk apa kita fikirkan soal jawatan dalam parti (UMNO) kalau tidak berkuasa.

“Apa yang kita perjuangka­n dan apa yang kita rancang hanya dapat diteruskan apabila parti kita (Barisan Nasional) kekal berkuasa,” katanya.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata demikian ketika berucap melancarka­n Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Parlimen Pekan di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi BN Pekan, Datuk Abu Bakar Harun; Ketua Wanita BN, Datuk Zalmah Abdul Rahman; Ketua Pemuda BN, Datuk Shaharuddi­n Ahmad dan Ketua Puteri BN, Marlia Irdawatie Khairuddin.

Lebih 7,000 pemimpin dan ahli BN Parlimen Pekan hadir pada majlis itu.

Mengulas lanjut, Najib yang juga Pengerusi BN, berkata tidak guna memegang jawatan dalam parti sekiranya

Najib Razak, Perdana Menteri

hilang kuasa politik menyebabka­n perjuangan tidak dapat diteruskan.

Pemimpin boleh datang, pergi

“Pemimpin boleh datang dan pergi tetapi parti tetap ada, jaga BN dan UMNO kerana ia adalah warisan yang diturunkan kepada kita, kita hendak serahkan kepada anak-anak dengan keadaan baik.

“Sebab itu, saya buat Transforma­si Nasional 2050 (TN50) kerana saya hendak serahkan negara dalam keadaan yang dihormati dan maruahnya tinggi.

“Jangan burukkan negara kita kerana inilah negeri, bumi tempat kita lahir dan disemadika­n.

“Kalau ada orang memburukka­n negara kita mesti tentang habis-habisan,” katanya.

Apa yang kita perjuangka­n dan apa yang kita rancang hanya dapat diteruskan apabila parti kita (Barisan Nasional) kekal berkuasa”

 ?? [FOTO BERNAMA] ??
[FOTO BERNAMA]
 ?? [FOTO MUHAMMAD ASYRAF SAWAL/BH] ?? Najib bersama barisan kepemimpin­an dan jentera BN menyanyika­n lagu BN sempena pelancaran Jentera Pilihan Raya BN Parlimen Pekan, semalam.
[FOTO MUHAMMAD ASYRAF SAWAL/BH] Najib bersama barisan kepemimpin­an dan jentera BN menyanyika­n lagu BN sempena pelancaran Jentera Pilihan Raya BN Parlimen Pekan, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia