Berita Harian

#YOUCANDUIT tarik minat orang muda

-

Sungai Petani: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) berjaya menarik golongan belia melalui kempen #YOUCANDUIT di bawah program erezeki dan eusahawan menerusi Festival Gegaria 2018 #Kitaok anjuran Media Prima Berhad.

Eksekutif Kanan Bahagian Jenama dan Komunikasi MDEC, Mohamad Syafiq Azhar, berkata jumlah itu diperoleh di empat lokasi Festival Gegaria 2018 #Kitaok iaitu di Ipoh, Perak; Kuala Lumpur, Seremban, Negeri Sembilan dan acara kemuncak di Sungai Petani, Kedah.

“Sasaran kita tercapai melalui penyertaan di Festival Gegaria 2018 di empat daripada tujuh lokasi yang diadakan sebelum ia berakhir di Sungai Petani.

“Malah sambutan yang kami terima di sini adalah di luar jangkaan meskipun kita adakan di hari bekerja...astaka kami meriah dari sepanjang hari sebab mereka nak tahu macam mana nak jana pendapatan secara digital.

“Penyertaan ini membabitka­n generasi muda malah kita sebenarnya agak teruja kerana selama ini kami fikir mereka hanya berkunjung ke festival ini untuk berhibur sebaliknya mereka turut mempunyai suntikan positif bagi meningkatk­an taraf hidup.

Bantu keluarga

“Melalui kempen #YOUCANDUIT ada golongan belia yang boleh membantu keluarga ataupun mendapatka­n duit poket di bawah dua program kami, ” katanya ketika ditemui, di sini.

Mohamad Syafiq berkata, kempen #YOUCANDUIT diperkenal­kan sejak 2016 lagi untuk membantu rakyat menambah pendapatan secara digital melalui erezeki dan eusahawan.

Katanya, melalui #YOUCANDUIT di Festival Gegaria 2018 #Kitaok, pengunjung berpeluang menemui dua mentor selebriti MDEC iaitu Erma Fatima yang juga dikenali Mok Cun dan Fizo Omar.

“Di Festival Gegaria 2018 #Kitaok, fokus adalah penyertaan dari generasi muda sebab belia lebih dekat dengan dunia digital dan gajet...jadi mereka boleh melakukan perkara bermanfaat melalui dua program kita daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti menyebarka­n berita palsu di alam siber, ” katanya.

Justeru beliau berkata, MDEC melalui Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia amat berbesar hati dapat turut serta bersama Media Prima Berhad untuk mendekati golongan muda bagi memanfaatk­an teknologi digital masa kini.

Katanya, pihaknya akan meneruskan lagi kempen #YOUCANDUIT dengan menyertai program Media Prima Berhad seperti Festival Gegaria sepanjang tahun ini untuk membantu semua lapisan masyarakat dalam ekonomi digital.

 ??  ?? Sebahagian kira-kira 20,000 pengunjung menyaksika­n konsert Festival Gegaria 2018 #Kitaok di Sungai Petani, malam tadi.
Sebahagian kira-kira 20,000 pengunjung menyaksika­n konsert Festival Gegaria 2018 #Kitaok di Sungai Petani, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia