Berita Harian

Transforma­si digital PKS masih kurang memuaskan

Pengusaha tidak nampak banyak manfaat mampu diraih

- Oleh Ayisy Yusof

Majoriti perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia masih belum beralih atau menggunaka­n kemudahan digital sepenuhnya dalam operasi perniagaan mereka.

Pengarah Kaji Selidik Internatio­nal Data Corporatio­n (IDC), Pranabesh Nath, berkata berdasarka­n kajian dibuat pihaknya, faktor kewangan masih menjadi punca utama kepada situasi terbabit.

Katanya, selain kewangan, faktor hubungan internet juga adalah masalah utama PKS di Malaysia kerana tanpa mempunyai perhubunga­n yang lengkap, sukar untuk menggunaka­n kemudahan digital.

“Bagaimana kita mahu mempunyai perniagaan digital tanpa ada hubungan internet yang baik?

“Masalah ini berlaku mungkin kerana perniagaan itu berada di kawasan pedalaman, namun ia adalah sesuatu yang jarang berlaku di Malaysia.

“Ini kerana, ketika ini sudah mudah untuk mendapatka­n jaringan perhubunga­n internet di seluruh Malaysia terutama di pusat bandar.

“Kerana itu saya berpendapa­t, punca PKS tidak mahu berbelanja dalam teknologi digital kerana mereka tidak nampak manfaat yang mampu diraih daripadany­a. Ini cabaran yang perlu diatasi membabitka­n PKS,” katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat media mengenai perjalanan ke arah negara berdigital di Kuala Lumpur, barubaru ini.

Sementara itu, Naib Presiden dan Pengarah Urusan Sage Asia, Robin Chao, sebaliknya berpendapa­t faktor kewangan bukanlah masalah utama untuk PKS.

Benar perubahan sedikit demi sedikit

Katanya, ini kerana berdasarka­n pengalaman­nya, kebanyakan PKS tidak mahu melabur dalam teknologi digital kerana tidak dapat meli hat kesan yang diberikan.

“Mereka tidak dapat melihat atau merasainya. Berbeza jika mereka membeli kereta sebagai contoh, anda akan dapat melihat dan merasainya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangk­an satu daripada cara untuk membantu PKS melaksanak­an transforma­si digital ialah dengan membenarka­n mereka melakukan perubahan itu sedikit demi sedikit.

“Tidak perlu bermula dengan pelaburan yang mahal. Sebagai contoh, mula dengan mendigital­kan resit jualan. Ambil gambar resit itu dan kemudian muat naik segera ke dalam laporan jualan atau pendapatan.

“Dengan langkah ini, anda sudah tidak memerlukan seorang pekerja dan sebaliknya boleh men garahkan pekerja terbabit memberi tumpuan kepada jualan atau operasi lain yang mampu menjana keuntungan kepada perniagaan,“katanya.perniagaan pembiayaan Islam mengekalka­n pertumbuha­n positif 7.8 peratus dan disalurkan khususnya kepada sektor perkhidmat­an perniagaan dan pembuatan.

Deposit dan akaun pelaburan Islam berkembang sebanyak 11.7 peratus kepada RM672.6 bilion tahunlalu.

Daripada jumlah itu, akaun pelaburan meningkat 6.9 peratus, kepada RM78.7 bilion, mencermink­an peningkata­n pengiktira­fan akaun pelaburan oleh pelanggan sebagai instrumen pelaburan alternatif dan mempelbaga­ikan lagi sumber pendanaan oleh bank patuh syariah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia