Berita Harian

Aliran naik dijangka berterusan

Sentimen kukuh, ketegangan perdaganga­n reda dorong minat pelabur

-

Bursa Malaysia dijangka diniagakan tinggi sedikit minggu depan dengan pelabur mengumpul saham kaunter berkaitan indeks terpilih dalam keadaan sentimen berhatihat­i yang sebahagian besarnya dijangka dipengaruh­i oleh perkembang­an luaran.

Peniaga berkata, sentimen kukuh ketika ini yang mendapat rangsangan daripada situasi ketegangan perdaganga­n Amerika Syarikat (As)china yang semakin reda dan kemungkina­n tidak berlakunya serangan ketenteraa­n ke atas Syria, dijangka terus mendorong minat terhadap risiko minggu depan.

Selain itu, kenyataan Presiden AS Donald Trump yang mahu menimbangk­an semula untuk menyertai perjanjian perdaganga­n bebas Perkongsia­n Transpasif­ik meredakan sedikit ancaman perdaganga­n China.

“Prestasi di Wall Street akan dipantau dengan lebih rapat dengan keyakinan nampaknya melonjak menjelang musim pelaporan pendapatan korporat AS,” katanya.

Di pasaran tempatan, seorang peniaga lain berkata, kecenderun­gan ke arah aliran meningkat dalam saham permodalan kecil dan sederhana dijangka berterusan ke minggu depan.

Beliau menjangkak­an laporan angka kadar penganggur­an dan data inflasi Malaysia, yang diumumkan minggu depan, akan sebahagian­nya menyumbang kepada sentimen pasaran tempatan.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI naik 31.46 mata kepada 1,868.47 daripada 1,837.01 pada minggu sebelumnya.

Momentum meningkat

Indeks utama itu bergerak dalam momentum meningkat dan ditutup hampir pada paras tertinggin­ya dalam tempoh empat tahun pada Khamis sebelum menyusut kembali pada Jumaat ekoran pengambila­n untung.

Indeks FBM Emas meningkat 353.26 mata kepada 13,129.52, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 459 mata kepada 13,352.7 dan Indeks FBMT100 naik 300.72 mata kepada 12,921.62.

FBM 70 meningkat sebanyak 651.67 mata kepada 15,819.58 dan FBM Ace naik 607.13 mata kepada 5,646.13.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan menambah 292.91 mata kepada 18,261.84, Indeks Perladanga­n meningkat 137.78 mata kepada 8,054.53 dan Indeks Perusahaan menambah 22.48 mata kepada 3,220.98.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 16.59 bilion unit bernilai RM12.55 bilion daripada 12.49 bilion unit bernilai RM10.68 bilion.

Jumlah dagangan Pasaran Utama melonjak kepada 10.17 bilion unit bernilai RM11.57 bilion daripada 7.23 bilion unit bernilai RM9.36 bilion.

Jumlah dagangan waran turun kepada 3.42 bilion unit bernilai RM449.85 juta daripada 13 bilion unit bernilai RM945.69 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 2.97 bilion saham bernilai RM529.98 juta daripada 2.23 bilion saham bernilai RM363.88 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia