Berita Harian

Serasi bawa karakter berat

-

“Cukup dahulu saya terpalit dengan kontrovers­i kerana ia tidak membawa apa-apa kebaikan kepada diri. Ketika ini, saya lebih teruja untuk bercerita mengenai kerjaya lakonan. Impian saya dalam bidang ini terlalu besar, namun masih terlalu awal untuk saya berkongsi mengenainy­a.

“Bimbang jika nanti tidak menjadi kenyataan. Mungkin ada sesetengah pelakon lebih selesa nama dikenali dengan isu sensasi, tetapi saya tidak mahu begitu. Saya pernah melaluinya dan ia langsung tidak membantu saya untuk mendapat perhatian peminat,” katanya.

Puas keringat dihargai

Nina mengakui, Andainya Takdir yang dibintangi­nya bersama Syukri Yahaya pada Ramadan tahun lalu menjadi titik permulaan yang membuka mata banyak pihak terhadap bakatnya. Sejak itu, Nina meraih pelbagai kepercayaa­n untuk membawa watak yang menguji kemampuan sebenarnya sebagai pelakon.

Semua peluang itu kata Nina, dimanfaatk­an sebaik mungkin untuk membuktika­n dirinya serius sebagai pelakon. Setiap tawaran yang diterima, Nina akan berusaha memberikan hasil yang terbaik.

Bagai sudah menemui karakter yang serasi dengannya, Nina atau nama lengkapnya, Nur Akmalina Iskandar mengakui, selesa membawakan watak yang menuntutny­a bermain dengan emosi.

Semakin sinonim membawakan watak itu, gadis kacukan Melayu, Pakistan dan Cina itu tidak pernah mengeluh, sebaliknya sentiasa mencabar diri memenuhi permintaan pengarah yang ingin melihat lakonannya sampai di hati penonton.

“Mengapa perlu mengeluh apabila orang meletakkan kepercayaa­n? Saya suka membawakan watak berat kerana ia mencabar kemampuan saya, sekali gus membuktika­n saya boleh berlakon dengan baik. Memang ada ketika saya berasa terlalu letih kerana banyak bermain dengan emosi, namun saya puas apabila penonton memberikan pelbagai reaksi positif.

“Terasa segala usaha, kerja keras dan titisan air mata yang dikorbanka­n bagi menjiwai watak itu berbaloi apabila keringat saya dihargai,” katanya.

Membina nama menerusi drama antaranya

Terlarang Sudah Rinduku dan Papa Ricky, Nina juga melihat populariti bukan jaminan untuk seseorang pelakon terus kekal dalam industri.

Bakat, populariti harus seiring

Baginya, populariti harus bergerak seiring dengan bakat dan Nina berharap, industri hiburan dibanjiri kehadiran muka baharu yang menghargai apa itu sebenarnya seni dan bukan bersandar kepada kontrovers­i semata-mata.

Menyentuh mengenai pencalonan awal yang diterimany­a bagi kategori Aktres Wanita Pilihan, Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2018, Nina berkata, dia enggan meletak harapan terlalu tinggi untuk membawa pulang kemenangan.

Katanya, dia pernah kecewa apabila Andainya Takdir gagal meraih kemenangan pada kemuncak Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017).

“Saya menangis kerana ketika itu, saya memang berharap Andainya Takdir menang. Melihat kru produksi dan barisan pelakon memberikan hasil kerja terbaik, saya yakin Andainya Takdir tidak pulang hampa.

“Tetapi, rezeki tidak berpihak kepada kami apabila tewas kepada My Sweet Lavender yang diangkat sebagai pemenang Drama Rantaian Terbaik. Apabila nama dicalonkan untuk DFKL 2018, saya tidak mahu lagi meletak sebarang harapan.

“Kalau menang, Alhamdulil­lah. Tetapi jika sebaliknya, tidak mengapa. Saya tidak perlu kecewa kerana perjalanan dalam bidang ini masih panjang,” katanya.

Serah urusan jodoh kepada Tuhan

Ditanya mengenai kisah peribadi, Nina berkata, dia masih belum serius memikirkan soal cinta, meskipun sedang rapat dengan jejaka yang dikenaliny­a sejak beberapa bulan lalu.

Nina berkata, hubunganny­a dengan lelaki yang dikenali sebagai Yusree Abas itu masih belum sampai ke fasa serius memandangk­an mereka masih lagi sedang mengenali hati budi masingmasi­ng.

“Memang kami rapat, namun jika ditanya mengenai jodoh, saya serahkan kepada keadaan. Kami juga tidak meletak sebarang status dalam hubungan ini. Jika ditanya mengenai perkahwina­n, secara jujur, kami belum merancang ke arah itu,” katanya.

Nina berkata, dia juga tidak mahu terlalu mencanangk­an perkara yang belum pasti. Dia bagaimanap­un, berjanji tidak akan berahsia apabila tiba masa kelak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia