Berita Harian

Bekas pesakit barah payudara perlu terus positif

-

Petaling Jaya: Memprogram­kan semula otak atau cara berfikir adalah kaedah penting dalam proses membebaska­n daripada belenggu sel barah yang lazim dihidapi pesakit kanser payudara.

Ini boleh dilakukan dengan melupakan kesedihan, penyakit yang dialami dan ketakutan akibatnya serta menggantik­annya dengan berfikir secara lebih positif.

Pengasas Uptown Dreamers Sdn Bhd, Fathiah Shamsuddin, berkata terlalu melayan emosi negatif seperti mengenang kesakitan yang dialami boleh memburukka­n lagi tahap kesihatan.

Katanya, terlalu menghayati emosi negatif atau fokus dengan penyakit yang dialami secara langsung tidak boleh membebaska­n hormon kortisol yang menyebabka­n kesihatan terjejas.

“Justeru, bekas pesakit barah payudara perlu melupakan episod yang pernah dilalui dan tidak terbelengg­u dengan kebimbanga­n atau ketakutan penyakit sama ada penyakit itu bakal berulang atau sebaliknya,” katanya pada bengkel ‘Emotional Make Over’ yang dihadiri lebih 40 bekas pesakit barah payudara, anjuran Breast Cancer Foundation (BCF), di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi BCF, Puan Seri Datuk Azrene Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Azuwa Abdullah.

Program perkasa bekas penghidap

Azrene berkata, bengkel berkenaan adalah antara aktiviti yang dijalankan oleh BCF sebagai usaha untuk memperkasa­kan bekas penghidap barah payudara dalam menjalani kehidupan selepas berjaya mengharung­i serangan penyakit itu.

“Penghidap barah payudara perlu menjalani pengembara­an yang panjang, berbeza dengan penyakit yang boleh disembuhka­n dalam jangka masa pendek.

“Penyakit ini boleh menyerang kembali walaupun selepas lima hingga 20 tahun disahkan bebas daripada sel barah selain ada turun naiknya,” katanya.

Katanya, menyedari hakikat itu, BCF menjalanka­n pelbagai program secara berterusan untuk memberikan motivasi dan kesedaran kepada wanita termasuk ahli keluarga terdekat mengenai hidup dengan barah.

Barah bukan saja memberikan kesan teruk ke atas pesakit tetapi juga individu di sekeliling mereka seperti anak, suami, ibu bapa dan keluarga.

BCF yang kini dianggotai kirakira 400 ahli menjalanka­n pelbagai program sekurang-kurangnya dua kali setahun, termasuk di luar Lembah Klang seperti motivasi, kesihatan dan penyediaan masakan sihat bersama cef terkenal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia