Berita Harian

Akhlak Muslim kikis ego tokoh Quraisy

Akhlak Muslim menjadi cermin kepada apa diajarkan Nabi Muhammad SAW sehingga berjaya menundukka­n ego tokoh pemidato terhebat Quraisy. Menerusi segmen Hayatus Sahabah di IKIMFM, Ustaz Mohd Hazri Hashim alBindany berkongsi kisah mengenai Suhail ibnu Amru.

-

Suhail ibnu Amru ialah pakar strategi dan bangsawan terkenal kaum Quraisy. Sesuatu urusan penting dalam kalangan kaum itu tidak akan berlaku selagi tidak mendapatka­n pandangan Suhail. Namun, kehebatan dan kemuliaan Suhail menjadikan­nya jauh daripada dakwah Rasulullah SAW.

Beliau bukan sekadar berpaling daripada dakwah disampaika­n Baginda SAW, bahkan berusaha keras menghalang manusia daripada jalan Alah SWT. Beliau antara golongan Quraisy yang menyeksa individu terawal memeluk agama Islam.

Di sebalik kekerasan Suhail itu, beliau menerima tamparan sangat hebat hingga tidak pernah terlintas di fikiran bahawa anaknya, Abdullah dan Ummu Kalsum akan memeluk Islam. Mereka berhijrah ke Habsyah untuk melarikan diri daripada seksaan kaum Quraisy dan serangan ayah mereka.

Ketika kaum Muslimin berada di Habsyah, berita palsu kononnya kaum Quraisy memeluk Islam sampai kepada pengetahua­n mereka. Disebabkan rasa rindu mendalam kepada keluarga, kaum Muslimin ingin pulang ke pangkuan keluarga di Makkah, termasuk Abdullah.

Ketika beliau tiba di Kota Makkah, Suhail menangkap dan merantai kaki serta memenjarak­an Abdullah dalam bilik gelap di rumahnya.

Suhail juga menyeksa dan mendera Abdullah supaya meninggalk­an Islam dan kembali kepada agama nenek moyang mereka. Akibat tekanan dan seksaan yang hebat, Abdullah berpura-pura murtad.

Tidak beberapa lama kemudian, Musyrikin berazam menentang Rasulullah SAW dalam Perang Badar. Suhail turut keluar berperang menentang Rasulullah SAW sambil ditemani anaknya, Abdullah.

Ambil peluang larikan diri

Suhail sangat mengimpika­n anaknya dapat berjuang dan menghunus pedang ke arah Rasulullah SAW. Takdir Allah SWT mengatasi impian Suhail kerana Abdullah mengambil peluang untuk melarikan diri ketika dua kumpulan itu bertemu di medan Badar, lalu anaknya bergabung dalam angkatan tentera Muslimin untuk menghunusk­an senjata ke arah ayahnya.

Saat kemenangan berpihak kepada tentera Muslimin, Rasulullah SAW memeriksa barisan tawanan kaum Quraisy dan Baginda memerhatik­an seorang demi seorang, lalu mendapati Suhail yang terikat tangannya.

Ketika Suhail dibawa ke hadapan Baginda, beliau ingin menebus diri dengan sejumlah bayaran, tetapi Saidina Umar tampil dan berkata: “Wahai Rasulullah, sebelum Suhail dilepaskan, izinkan aku mencabut dua gigi hadapannya agar beliau tidak dapat lagi mengumpulk­an orang ramai pada majlis mencerca Islam dan kaum Muslimin.”

Baginda SAW tersenyum, lalu bersabda: “Biarkan kedua-dua giginya itu wahai Umar. Suatu hari nanti, ia akan menggembir­akanmu.”

Tahun silih berganti, maka tiba peristiwa pembukaan Kota Makkah. Pada saat laungan kaum Muslimin kedengaran, gentarlah hati Suhail. Beliau menceritak­an kisah itu: “Saat tiba Rasulullah SAW di Kota Makkah, aku berkurung di dalam rumahku. Aku menutup segala pintu dan jendela, bahkan aku utuskan orang memanggil Abdullah dalam keadaan aku sangat malu berdepan dengannya.”

Apabila Abdullah memasuki rumah, Suhail berkata: “Wahai anakku Abdullah, mohonlah kepada Rasulullah SAW akan jaminan keamanan untuk bapamu. Sesungguhn­ya aku sekarang berasa diriku tidak aman.”

Sebagai anak yang sangat baik dan mengharapk­an keislaman ayahnya, Abdullah mengadap Rasulullah SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhn­ya ayahku memohon jaminan keamanan untuknya. Demi Allah, aku datang memohon keamanan itu buat bapaku, wahai Rasulullah.”

Rasulullah SAW menjanjika­n keamanan daripada Allah SWT kepada Suhail dan berpesan kepada sahabat agar tidak merosakkan pertemuan sekiranya bertemu dengan Suhail.

Layanan itu menyebabka­n Suhail memeluk Islam kerana jatuh cinta dengan akhlak yang dibawakan oleh kaum Muslimin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia