Berita Harian

SHAHRIZAT TOLAK SPEKULASI TANDING DI PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK

Keputusan tidak bertanding sudah dimaklum kepada Perdana Menteri

- Oleh Farah Marshita Abdul Patah cnews@nstp.com.my Kuala Lumpur

Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, menolak tawaran bertanding di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak (BTR), kerana mahu memberi tumpuan penuh kepada usaha menggerakk­an jentera wanita Barisan Nasional (BN) mendepani Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Shahrizat menegaskan fokus beliau pada PRU-14 ini bukan sebagai calon, sebaliknya mengetuai jentera wanita BN bagi memastikan kemenangan parti.

Beliau berkata, keputusann­ya untuk tidak bertanding sudah dimaklumka­n kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, selaku Pengerusi BN, selain turut mengucapka­n terima kasih atas penghormat­an yang diberikan kepadanya.

“Saya sudah mengambil keputusan memberi perhatian sepenuhnya untuk menentukan jentera wanita BN yang menjadi jentera utama parti supaya mantap, berdisipli­n dan bersedia menghadapi PRU-14.

Mantapkan jentera wanita

“Saya faham presiden berhajat supaya Ketua Wanita UMNO diberi tempat untuk menjadi calon, tetapi buat masa ini perkara yang lebih penting adalah untuk saya memberi tumpuan 110 peratus kepada persediaan jentera wanita,” katanya ketika ditemui media selepas pelancaran Portal Penghakima­n Malaysia di Universiti Malaya (UM) di sini, semalam.

Shahrizat berkata, untuk menang dalam pilihan raya, calon perlu mewakili parti yang mendapat sokongan rakyat dan pengundi serta mempunyai jentera parti yang mantap.

“Buat masa ini, terpulang kepada presiden parti untuk mencari calon terbaik...sebenarnya banyak, cuma perlu cari,” katanya.

Sebelum ini, Shahrizat dikatakan akan dicalon bertanding di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak yang secara tradisinya ditandingi wakil daripada MCA.

UMNO mahu meletakkan calonnya atas alasan mendapat sokongan baik masyarakat Melayu setempat.

Saya sudah ambil keputusan beri perhatian sepenuhnya untuk menentukan jentera wanita BN yang menjadi jentera utama parti supaya mantap, berdisipli­n dan bersedia hadapi PRU-14” Shahrizat Abdul Jalil Ketua Wanita UMNO

 ??  ??
 ??  ?? Dari kiri, Shahrizat; Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutua­n Malaysia, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar; Naib Canselor Universiti Malaya, Datuk Dr Abdul Rahim Hashim dan Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif ketika pelancaran Portal Penghakima­n Malaysia di UM, Kuala Lumpur, semalam.
Dari kiri, Shahrizat; Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutua­n Malaysia, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar; Naib Canselor Universiti Malaya, Datuk Dr Abdul Rahim Hashim dan Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif ketika pelancaran Portal Penghakima­n Malaysia di UM, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia