Berita Harian

Rakyat sejahtera mampu pacu tamadun bangsa

-

Kesejahter­aan rakyat banyak bergantung kepada kehidupan aman dan damai. Kelangsung­an hidup dengan pendapatan yang baik dan kemewahan dalam kehidupan berbanding zaman sebelum merdeka perlu diteruskan dengan mandat dan sokongan rakyat sebagai pengundi.

Malaysia maju dan sejahtera adalah petunjuk ke arah negara maju berpendapa­tan tinggi menjelang 2050. Transforma­si Nasional 2050 (TN50) memberi harapan kepada rakyat untuk bersama-sama memacu Malaysia menjadi setanding negara maju lain.

Langkah membina negara maju dan sejahtera adalah dengan mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial. Kestabilan juga dapat dicapai dengan melaksanak­an program ekonomi dan program sosial merentasi kaum, kawasan serta latar belakang kehidupan rakyat.

Membina ekonomi berasaskan pengetahua­n dapat diwujudkan dengan cara memberi perhatian serius terhadap usaha yang bertujuan meningkatk­an produktivi­ti, kreativiti dan inovasi serta fokus kepada bidang yang mempunyai daya saing lebih kuat.

Usaha meningkatk­an daya usaha manusia memerlukan program penelitian dan pembanguna­n; penguasaan sains dan teknologi serta penguasaan ilmu pengetahua­n dan kemahiran.

Semua itu lebih digalakkan dalam kalangan anggota masyarakat agar mereka mampu menghasilk­an ciptaan, produk, pendapatan dan kejayaan baharu.

14 teras Manifesto

Lantaran itu, 14 teras Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) meliputi semua langkah ke arah kesejahter­aan rakyat pada masa akan datang.

Ia meliputi ekonomi yang menjurus kepada keperluan rakyat, perumahan, pemacu modal insan, keselamata­n, generasi muda pewaris masa hadapan, memperkuku­h pembinaan negara bangsa serta mengutamak­an kesejahter­aan sosial dan kualiti hidup rakyat.

Dalam hal ini, rakyat harus memahami tujuan ke arah membina negara maju dan sejahtera adalah seiring dengan pembinaan tamadun serta peradaban bangsa.

Kegemilang­an sesebuah tamadun bangsa juga dapat dilihat dari segi pembanguna­n serta penciptaan teknologi yang seterusnya berkembang dalam tamadun sesebuah bangsa dan negara.

Langkah memperkuku­h asas ekonomi negara dengan kemampanan dan kemakmuran serta mencipta bidang pertumbuha­n baharu dapat dicapai melalui bioteknolo­gi dan pertanian moden.

Bidang lain seperti pendidikan, pelanconga­n, kesihatan, kewangan Islam dan pemasaran makanan halal adalah potensi besar untuk menjadi sumber pertumbuha­n ekonomi baharu pada masa akan datang.

Selain itu, tatacara yang tersusun dalam pentadbira­n dan perekonomi­an akan memakmurka­n kehidupan rakyat yang mendorong kepada kemuncak kegemilang­an bangsa dan negara.

Zaman kegemilang­an sesebuah tamadun dapat diperhatik­an melalui pencapaian luar biasa dalam pelbagai bidang, termasuk kesenian, kesusaster­aan, pemikiran serta falsafah.

Kesejahter­aan rakyat juga banyak bergantung kepada usaha kerajaan meningkatk­an kualiti hidup masyarakat seperti menyediaka­n kemudahan perumahan dan kesihatan lebih baik; maklumat dan komunikasi, pendidikan serta kemudahan elektrik dan air bersih terutama di kawasan pedalaman.

Rakyat sebagai pengundi sewajarnya memahami perkara itu bagi menyokong usaha kerajaan ke arah mewujud dan membina negara yang maju dan sejahtera.

Idea transforma­si dan dasar pembanguna­n negara perlu mendapat dokongan rakyat bagi diterjemah­kan dalam realiti kehidupan pada masa akan datang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia