Berita Harian

Karnival SPA bantu belia dapat kerja

1,000 peluang pekerjaan ditawar bukti kerajaan prihatin

- Oleh Norasikin Daineh

Karnival Kerjaya Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam (SPA) yang diadakan di daerah ini adalah antara usaha kerajaan untuk membantu belia mendapatka­n pekerjaan secara terus menerusi temu duga yang dijalankan sepanjang karnival itu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Hajiji Noor, berkata program itu adalah bukti khidmat penyampaia­n daripada kerajaan kepada rakyat selaras dengan gagasan 1Malaysia, rakyat didahuluka­n, pencapaian diutamakan.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah lupa kepada golongan muda dan inilah sebenarnya dilakukan kerajaan yang sentiasa prihatin mencari jalan bagaimana kita memberi peluang kepada anak kita untuk mendapatka­n pekerjaan di merata daerah seluruh negara.

“Kali ini karnival dibuat di Tuaran dan saya harap mereka yang mempunyai kelayakan yang sesuai boleh mendapat peluang pekerjaan di sektor awam yang mempunyai kekosongan. Karnival ini diharap memberi peluang kepada belia yang menganggur tetapi ada kelayakan yang baik,” katanya selepas merasmikan Program Kerjaya SPA Malaysia di Dewan Seri Sulaman, di sini, baru-baru ini.

Kata Hajiji, hampir 1,000 peluang pekerjaan ditawarkan bukan sahaja daripada agensi kerajaan tetapi juga sektor swasta.

Peluang kerja ‘on the spot’

“Antara pengisian karnival ini termasuk peluang pekerjaan ‘on the spot’ yang menjadikan karnival ini lebih menarik dan berjaya mencapai objektif penganjura­n karnival iaitu membolehka­n pencari kerja menjawat jawatan bersesuaia­n dengan minat dan kelayakan masing-masing.

“Malah pencari kerja turut diberi pelbagai tips mengenai persiapan menghadapi temu duga, selain panduan penyediaan resume diberikan SPA dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

“Ini sebenarnya sebagai ‘soalan bocor’ kepada belia yang hadir. Oleh itu, ia amat berguna kepada belia untuk membantu membuat persiapan menghadiri temu duga,” katanya.

Hajiji yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, menyeru semua belia supaya lebih kreatif dan tidak terlalu menumpukan pencarian pekerjaan di sektor awam sematamata kerana jumlah jawatan sedikit berbanding jumlah calon yang memohon.

“Persaingan menyertai sektor awam semakin sengit ekoran lambakan graduan daripada pelbagai institusi pengajian tinggi di negara ini sama ada di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.

“Program seumpama ini bakal diteruskan dan akan dibuat lagi dalam masa terdekat selepas melihat sambutan menggalakk­an daripada belia di daerah ini.

“Kita minta kepada SPA supaya program ini bukanlah kali terakhir dilakukan. Kalau boleh, datang lagi dalam masa terdekat kerana apa yang kita lihat bukan belia dari Tuaran saja yang hadir malah dari daerah lain termasuk Labuan datang mencari kerja di sini,” katanya.

Kerajaan BN tidak pernah lupa kepada golongan muda dan inilah sebenarnya dilakukan kerajaan yang sentiasa prihatin” Hajiji Noor, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia